>

Tuesday, May 3, 2011

Semalam Ujian JPJ, Hari Ni Dapat Lesen Kereta :)


Assalamualaikum
*Entri ini TERLAMPAU PANJANG. Sanggupkah anda baca? Hahaha~*

Cerita semalam :)

Semalam, awal-awal pagi kol 6.00 dah bangun, mandi dah. Solat Subuh siap-siap. Siapkan diri sendiri siap-siap. Pakai kemas-kemas jangan selekeh. Pastu bertafakur kat ruang tamu. Kenapa? Oh~ semalam cik Yana ada test JPJ untuk lesen kereta. First time test. Ye, 'muda' baru nak buat lesen :P Pukul 7.40 pagi, cikgu datang ambil kat rumah. Awal gila siap, padahal cikgu datang 7.40. On the way nak ke sekolah memandu tu, sepatah kata tak keluar dari mulut. Berdebar punya pasal. Cikgu pun paham situasi anak murid dia yang dah menggeletar seluruh badan dah.

Pukul 8, sampailah kami berdua kat sekolah memandu. Dah ramai dah tunggu kat dewan amek nombor giliran. Dah siap serah semua lesen dan IC, cik Yana dapat nombor giliran ke 22. Pehh~ 22 tu kan nombor giliran Nichkun, Khuntoria Couple yang dalam cite We Got Married tu. Tapi dia tak lulus ujian memandu tu. Terasa macam, "ha sudah, kau pegang nombor 22, tak lulus jugak macam dia". Inilah fikiran orang yang dah berdebar gila. Macam-macam benda buruk dia fikir.

*kalau 11 lagi best. No fevret :)*

Lebih kurang kol 9, 9 lebih camtu kot ke pukul 10? ahhh! tak ingat masa, mula la ujian untuk bukit, parking dan tiga penjuru tu. Sebelum tu cikgu kat situ bagi taklimat macamana ujian tu dikendalikan. Yang paling menakutkan dengar, bila awak kandas kat bukit, awak dah tak boleh teruskan ujian parking dan tiga penjuru. Boleh buat ujian jalanraya je. Huhuhu~ kat bukit tu la yang paling cik Yana takut sebab masa latihan, kerap sangat bila dah sedia nak turun, masuk gear, tekan minyak, angkat clutch turun handbreak tu, tiba-tiba kereta menggolosor turun ke belakang bukan ke depan. Ye, clutch angkat tak sampai. Bukan salah masuk gear undur. Huhuhu~ Bila kereta ke belakang, anda gagal.

Bila tengah tunggu turn dipanggil untuk ujian bukit tu, macam-macam tips keluar dari mulut budak-budak ni. Ada yang kata, tak payah pakai tali pinggang sebab nanti mesti tengah gelabah nak tengok tayar atas garisan kuning ke tak, tali pinggang tu tersekat tak boleh gerak. Ye, tu pun salah satu situasi cik Yana masa ujian QTI dulu. Susah sangat nak longgarkan tali pinggang, cik Yana bukak terus tali pinggang tu pastu intai kepala keluar. Kang tak pakai tali pinggang tak pasal-pasal JPJ bagi gagal pulak. Pastu makcik kat sebelah tu pulak cakap, bila nak turun dah besar minyak, lepas clutch sikit, bila kereta macam dah terhunjal ke depan, jangan terus turunkan handbreak, bagi dia stabil dulu baru turun handbreak. Dalam kepala cik Yana pulak, stabil macam mane ni? Cikgu ajar bila dah terhunjal terus turunkan handbreak. Makin berdebar dengan dorang ni berbual. Last-last cik Yana senyap je tak nak dengar pape. Ikut je apa yang cikgu kita ajar.

Situasi masa tengok orang lain test bukit, calon pertama naik bukit, tayar dah ok atas garisan kuning, JPJ suruh drive turun tiba-tiba kereta menggelosor ke belakang. Oh tidak! Semua kat pondok menunggu sekali dengan cikgu yang mengajar sama-sama menjerit bila kereta tu ke belakang. Calon kedua nak turun bukit, pun sama. Menggelosor turun. Ketiga pun sama! Ha sudah. Yang tengah tunggu giliran semua dah pucat dah. Calon kelima kot baru lepas bukit tu. Semua orang bersorak gembira kat pondok menunggu. Situasi macam tengok FIFA, macam orang baru masukkan gol :)

*panjang lagi ni nak cerita ni :)*

Lepas tu abang yang jaga giliran tu pun cakap, no 22 masuk kereta depan yang kiri. Kanan jangan sebab kereta tu dah berasap kat depan lepas budak tu habis test tadi. Nasib baik dia lulus, biarpun kereta berasap. Masuk je kereta terus baca doa naik kenderaan. Tarik seat ke depan sampai habis. Kalau tak, tak sampai kaki. Hehehe~ Bila dah start enjin, drive slow-slow ke bukit, sambil tunggu giliran nak naik, berbual-bual dengan kereta sendiri. Cakap kat dia buat leklok, jangan turun ke belakang, jangan mati enjin kat atas. Macam orang dah tak betul bila dah berdebar camtu. Hahaha~ Bila abang JPJ bagi isyarat suruh naik bukit, baca Bismillah pastu cakap kat kereta, "jom kita naik sama-sama". Alhamdulillah, sekali naik je tayar dah atas garisan kuning. Masa nak cek betul tak atas garisan kuning, coiii! Tali pinggang tak leh longgar. Gelabah lagi. Pastu terus bukak tali pinggang, cek, cepat-cepat angkat tangan sebab masa 3 minit je. Bila abang JPJ bagi signal suruh turun, sekali lagi baca Bismillah pastu cakap dengan kereta, "kita turun leklok ye". Alhamdulillah! Dia turun dengan baik. Rasa macam nak melompat dalam kereta bila dah selamat turun bukit. Nak menangis pun ada sebab gembira.

Part parking dengan 3 penjuru tak payah cerita la sebab yang tu cik Yana tak takut, cuma takut bukit je. Alhamdulillah semua lulus untuk part tu. Dah letak kereta kat tepi, keluar nak gi ambil borang penilaian kat pondok JPJ, kaki rasa macam tak boleh jejak tanah dah. Longlai semacam je. Kuatnya darah gemuruh. Sampaikan nak tulis nama dan tandatangan kat pondok JPJ pun macam tak de tenaga dah, bukit punya pasal. Lepas tu ambil borang serah kat pejabat depan pulak untuk giliran ujian jalanraya. Makin kuat balik darah gemuruh.


30 minit camtu tunggu, pastu abang nombor giliran pun panggil nombor 22. Nombor cik Yana la tu. Dia suruh naik kereta no 46. Tapi pegawai JPJ tak de lagi sebab dia gi test untuk lori, kena tunggu kat tepi kereta tu. Sekali lagi datang perangai bercakap dengan kereta sambil tepuk-tepuk depan kereta suruh dia leklok nanti. Datang pegawai JPJ tu, terus bagi senyuman kat dia kononnya nak dia berlembut hati. Tapi, dia tengok camtu je pastu terus masuk kereta. Dah la pakai spek itam, tak tahu la dia tengok ke tak. Hahaha~ Masuk kereta cik Yana bagi salam kat dia, nasib baik dia jawab. Tak rasa gemuruh sangat la kalau dia layan camtu :)

*Yes! tak sangka kereta 46 termasuk dalam gambar yang ditangkap random*

Bila dia cakap dah boleh mula, nak start jalan, terus mati enjin. Hadoiii~ berdebarnya rasa. Lepas tu terus ok jalan. Kat simpang yang ditakuti dah lepas, nak masuk lorong ke kanan sebab nak u-turn, tak de sorang pun kat belakang perlahankan kereta bagi laluan. Uwaaa~ dah nak dekat dah ni kat u-turn, makin berdebar bila tak dapat tukar lorong lagi. Last-last ada pemandu perempuan kat belakang tu perlahankan kenderaan dia bagi masuk kanan. Terima kasih banyak-banyak sebab bertolak ansur dengan kereta yang ada lampu macam siren kat atas dengan sticker kat belakang 'Pemandu sedang diuji JPJ'.

Sepanjang test jalanraya, sepatah pun JPJ tu tak bunyi suara. Dia cume bunyi "Ehem!" lepas tu terus cam gelabah ingat dah buat salah. Dah nak habis laluan, ada motor kat depan. Sekali ke tepi, sekali ke tengah. Dia dah nampak kereta sekolah memandu berlampu siren kat belakang, dia main kiri kanan pulak. Geram gila rasa. Cubaan nak memotong tak jadi. Cuak gila dah kat situ. Last-last ambik keputusan ikut belakang je. Dah nak sampai traffic light, konon nak elak sikit ke kanan, tiba-tiba motor tu ke tengah. Arghhhh~ tak eksiden, cuma kena marah dengan pegawai JPJ. Dia cakap bahaya ni, boleh kandas macam ni. Orang cakap kalau dah kandas, nanti JPJ drive kite balik ke sekolah memandu. Nampak macam JPJ tu dah nak longgarkan tali pinggang dia, terus cakap, "Alaa encik, sori tak sengaja. Pleaseee! Tak buat lagi lepas ni." Tapi serius, muka dia macam tak makan dirayu. Dia cakap tak boleh camni. Awak tak boleh elak potong camtu. Cik Yana terus senyap tak tahu nak cakap apa da. Redha je la kandas. Drive je la balik, tu pun nasib baik dia tak tolong drive balik, lagi malu masuk kawasan sekolah memandu tu.

Dah sampai kat sekolah memandu, sebelum nak sign borang penilaian nak menentukan lulus atau kandas, pegawai tu tanya latarbelakang cik Yana. Dalam kereta tadi dia tak tanya pape pun. Cik Yana pulak dah start rasa sedih sebab peristiwa tadi. Jawab je la seikhlas mungkin. Baru je nak tanya kalau nak test sekali lagi kat kL bukan kat Terengganu boleh tak, terus dia hulur borang penilaian, tengok kat kotak bawah tu dia tanda LULUS. Terbeliak biji mata, terus tersengih gembira. Hahaha~ Mekasih abang JPJ *terus tukar jadi abang*. Dia cuma pesan, nanti kalau drive kat kL kena lebih berhati-hati sebab kereta banyak tak macam kat Terengganu. Baru nampak dia senyum lepas tu :)


*abes cerita semalam*

Cerita hari ni :)

Pukul 8 dah mandi, siap-siap nak gi JPJ. Kalau hari biasa, kol 12 baru mandi. Hahaha~ Pukul 9.30 dah sampai JPJ dengan abah, semangat gila. Sampai kat kaunter, abang kaunter tu cakap kalau baru test semalam, pukul 11 pagi nanti baru boleh buat lesen. Aisey, dorang semalam tak cakap awal-awal. Kita punya la semangat nak buat lesen. Lagi 2 jam nak buat ape? Pergi makan la, lepak 2 jam kat kedai sampai pukul 11. Hahaha~

Dah nak dekat kol 11 terus pegi JPJ balik. Tepat pukul 11 baru pergi amek nombor giliran. Abang kat kaunter tu sengih je. Mesti dia ingat budak ni skema sebab orang cakap pukul 11, tepat pukul 11 dia tekan butang nombor giliran. Dan akhirnya, setelah tiap-tiap minggu pergi belajar kereta, tunggu tengah panas, lesen P menjadi milikku. Celonoknyerrrr! :)


Terima kasih Pak Rashid dan anak lelaki dia sebab ajar cik Yana. Terima kasih BITARA dan staff-staff. Terima kasih cikgu QTI dan cikgu yang test hari Sabtu hari tu. Terima kasih kat pegawai-pegawai JPJ yang prihatin. Terima kasih semua! :)

Tapi nak balik ke rumah bila dah dapat lesen, abah tak bagi drive kete dia lagi, abah cakap nanti dulu =.=

Sampai kat rumah, bukak akaun Nuffnang pulak, nampak abang Nuffnang bagi BE baru hari ni. Celonok lagi!!!! Alhamdulillah. Cik Yana dapat buffered earning untuk iklan DiGi Iphone 4. Mekasih abang Nuffnang :) Maklumat lanjut untuk tawaran hebat dari DiGi untuk Iphone 4 boleh baca kat SINI.

*Puas hati dapat taip panjang-panjang :)*

Makhluk aneh dilaporkan berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur sekarang ni. Dia aneh tapi tak merbahaya. Berkenalan dengan dia kat sini :)

105 komen blogger :):

fatin farhana said...

tahniah cik yana .jom la kite pi jalan-jalan .nak gak merasa naik keta yang cik yana bawak :)

Izatie said...

Congrats for the license babe ! ^___^

rara pinkmafia said...

wahhhh tahniah.hati2 drive nt ye...

deDetz said...

yay! akhirnya berjaya juga =)
tahniah kak..
bole la jalan2 bawa kreta pasni kan?

syufaa said...

hihi..suke ye..tahniah sbb dh dpt lesen! :D

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

waa...cikyana pown dapat abg JPJ yg baik hati...ngeeee~ sama mcm cikmoon...tp... semua ok laa.. dia juz kasi nasihat je.. jgn tukar gear cpt sgt... ngee~

hartini said...

tahniah :))

meaw said...

whoaaaaa ! cik yana tahniah auwwww.....tapi meaw dapat ngn jpj yg sporting gila,tambah2 org kelantan,rancak bercerita....enjin mati 2 kali pon dia kata okay tape,teruskan.....

yeahhhhh! boleh merempit la eh cik yana sat g,heeeee ^_^

Mila Ahmad said...

tahniah cik yana..hehe
saya 24/5 nie tamat P huhu...

umairah said...

tahniah2.. dh dpt lesen.. ^-^
ngee.. wlupn panjang, sy bce gak smpi abis sbb sy t'byg mse sy test jpj dlu.. yg trukny, sy amik test jpj 2 kali.. hehe.. ^-^

Mek Norfa said...

Tahniah...akhirnya dapat jugak LESEN..:)

Cik Rara! said...

congratulations!!!!!!
^_^

CikHaniBhulat said...

wahh..dapat lesen..pasni bley pusing 1 malaysia...hehehe... tahniah =)

Makbed said...

wahahaha..kena perli ngan abang jpj tuh. tahniah, dapat gak lesen .

sarah mohamad said...

Tahniah Cik Yana dah dapat lesen. pasni boleh race ler. hiks

kira kekuri said...

wahh tahniah da ada lesen ;d

CikBulat said...

haha. tahniah ! bawa CB jenjalan keh ! btw, asal tutup !! Grrr!!

laskar pelangi said...

phewitt!
tahniah yana ;)

combi said...

bestnye cik yana da lulus... tkt la..combi pnye test jpj lagi 2mggu..tkt nye kalo xdpt buat...ade tips ke...huuuu

Aimie Lieyana said...

congratz cik yana..yeay pasni da bleh bwk keta jl2 hehe..

Puteri Iqa Izyan said...

wahhh..tahniah2..

nnt boleh bawak pergi merempit. haha :D

Ecah Shafiee said...

mak ai CY..panjangnye ceghite nyer..hehe, btw sonok bace..dok imbau balik kenangan amik lesen ritu..nasib sume oke xde mslh..cun punye lepas sume ujian..hehe, btw org slalu ckp.."habislaa kalau dpt JPJ pompuan.." tapi cik ecah dapat jpj pompuan and she's soooooo niceee...hehe..bln 6 ni da abes P..yeay..

nelly said...

Nelly takde lesen ~
hehehe

Fatma Diyana MB. said...

tahniah lulus jpj ! hee. mesti seronok kann ? ;)

zati embong said...

hahha lawaklah rasa.dah agak da bitara 2 kat ganu.hihi.

congrats yana.

Syahirah Suhaili said...

wah seronoknya cik yana dah dapat lesen kereta..boleh la bawak adiela jalan2 pas nie ye :D

Anyez Nasri ツ said...

k , anyez cuak . and tk mahu test jpj lagi . haha .

=YunChanKhalid= said...

wah, seronoknya. *wink wink!

meer_a said...

tahniah !!
seronok baca pengalaman cik yana
:)

meer_a said...

tahniah !
seronok baca pengalaman cik yana..
:)

ıʇɐʎɐpıɥ lnɹnu said...

waaa..lesen..bez2 :)
21100,kt..dekatla kite cik yana XD
jmpe mne2 msti tgur nih!

Nurathirah Mohd Dahlan said...

sis, kat Terengganu memang guna kereta Viva yer? Wahh best lah! Congrats dah dapat lesen. Tira punya lesen P pun baru 6 bulan. HEHEHE.

Nurathirah Mohd Dahlan said...

sis, kat Terengganu memang guna kereta Viva yer? Wahh best lah! Congrats dah dapat lesen. Tira punya lesen P pun baru 6 bulan. HEHEHE.

Zaliha@Lulu said...

wah...tahniah Cik yana, mama dulu masa baru2 dpt lesen excited bkn kepalang...esoknye terus bwk keter...tp bila berselisih ngan lori besar, rase cam nk angkat keter bwk ke tepi...kecut perut dibuatnya....now dh 15 thn dahhh..agaknye lori lak taut tgk kite..:P

Cik Ezy said...

untung la 2 cik yana..
sekali je test tros lulus..
cik ezy 2kali tau..
cik ezy amek kat psm..
tp betol la org ckp kat bitara sng nk lulus..
kalo kat psm pyh giler..
wuuuu~
pasni jom la jln2 ngn cik ezy..
keh3

siti suraya said...

bole bawak saya keluar jalan2 lepas nihh (:

PD said...

tahniah...tahniah...tahniah...

Fathiah Hamim said...

fuhh! baca neh pun berdebar sekali. haha.
teringat time nak amek test kete dulu. :D

A retarded kitty said...

sukalah tu!
kekeke

LittleGurl said...

jom bawak LG jalan2..ngeeeeeeeeeee

snowthenraibow said...

whoa . leh bwak kita jln2 la . hehe . .

HonEyBuNNy said...

Tahniah dear..

ohh.skrg viva eh test...agak ketinggalan ila di sini..5 tahun dulu kancil..hehe...

HAJAR hasan said...

teehee~ wah! seronoknya cik yana~ dah ada lesen. lepas ni boleh bwk hajar jenjln. kan kan kan! ;)

dean said...

wah,,,taniah yer..dpt lesen p..heheh

tikin said...

tahniah cik yana..t bley la saia tumpang cik yana..hihiihihhi :p

....~MissMarshmalloW..~ said...

cik yana nnti le bwa sya jejalannnn yeayy'

Cik Yana said...

Kalau kat BITARA tu, test dalam trek yang bukit, parking tu guna kereta Kancil. Test jalanraya guna VIVA. Kat tempat lain tak tahu la guna camtu tak :)

Pupel Liyana said...

UDAH BERJAYA YE.. jom bawa pupel hehehe..

*Ms.Serry Fatieha said...

congrats.... bestnye dapat lesen cpt... me test jpj khamis lepas.. tp still tak dpt lesen memandu lagi sbb lesen tu cikgu kelas memandu yg buatkan -_-

^pasu bunga^ said...

tahniah cik yana~~
jom bawak kita jejalan~~

nursayidatina said...

congrats dear :) love to stalk u back :)

efa nur said...

waaahh...TAHNiah cik yana.. :)

jom jalan2~~hihi

aisya said...

congrats!
teringat masa ambk test jpj dulu. sekali terkena dgn classmate mak mase skolah.. dh jd mcm sesi soal jawab pulak.. =)

zarra nazura said...

tahniah...bebaik memandu yer....

harap sudi follow sy yer..tq

amir aizat said...

congrats!!

cik aisha said...

tahniah cik yana....

eRza farEeha said...

amboi..pnjangnye cite cik yana..ehhehe

Axieana Yumi Life said...

congrat cik yana
azie pun sma jgk msa ujian JPJ 2..nervous sgt2...
:)

NARDtheNERD said...

congrats sbb dpt lesen...
heee

nak i review blog u?..
jom la baca new entry i dulu..
:)

Abang Long said...

Salam...Tahniah dah dpt lesen..Pasni rajin2 la bawa kete jd sampai terer. Jgn lak just renew lesen every year tp xberani bawa..Jgn lupa gak tampal huruf P tu besau2 yer...huhu

RaraPuing said...

wah dah ada lesen nty bole la bwk kite jalan2 noh hehe

CahayaCintaIlahi said...

wah congrats cik yana.. huhu
pasni leh ar bawak cci g
jenjalan ek ngeee ;)

NuR 'aQiLaH said...

yeay! jom drift ;p

nurfarhan said...

kongrats cik yana.saya next week test :)

coffeepinkee said...

ecece cik yana dah llus. tp sian plak abah x bg drive ye . haha

SYAFIQAHSALEH said...

congrates yana :)

As Yusra said...

wahhh~ bestnye.. na amek lesen jugak T___T

fatien ! said...

yea2 cik yana dapat lesen kereta. tibetibe eksaited..

tomato said...

wahhhhh~ celonoknye !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
*opss over kalah cik yana L:P

zurainah abdullah said...

waa pnjang nye entry..huhujumpe cute blog ni time bace komen kat blog sis fyna.btw im new bie blogger..please suport.hehe.

entry pasal fynehereblog

http://dornsukeblogger.blogspot.com/2011/04/nur-shafinatul.html?spref=fb

missSenget said...

tahniah cik yana...

lepas ni bole berjimbarama..keh3..

anamizu said...

tahniah cik yana ^__^
cik ana pun dah selamat dapat P februari tadi..
so sekarang dah tak perlu susah pyh nk harap org tlg drivekan lagi..hihi

spider_gurl86 said...

wah tahniah2 sye lak br lak kena blaja lg 8 jam sebelum nak ambik ujian jpj..nt bwk kita jln2 tau...hehehe tp nak tnye cmne nak dptkan BE 2 yea...

Gieyana said...

dear..mmg panjang nya entry..namun memberikan seribu kepuasan kan! tahniah yer dpt lese..:)

nasri said...

wahh...dh dpt lesen keta lepas nie berjalan sakan la ea..hehe~ ape2pn, hati2 memandu... =)

Cik Yana said...

@spider_gurl86
BE tu nanti NUffnang sendiri yang bagi. Dengan syarat, tiga2 kolumn iklan awak letak dalam belog. Kalau 1 je, memang dia tak bagi langsung la walaupun UV tinggi :)

syazwani said...

tahniah :)

acan ketot said...

uui..
sye x wat lesen agi lorr..

Isteri Encek Bard said...

wah tahniah

mashi said...

congrat.. puas gak la baca cite ni..hehe :)

HAZWAN17 said...

tahniah dah dapat lesen...

theHijabis said...

Hi! Satin shawl ups for grab! Visit www.theHijabis.blogspot.com

Siti Mashitah Saidin said...

wua... taniah cik yana... den baru nak amek bln nih lesen.. haha

LindaRahim said...

tahniah yana...

Cik Aina said...

wuaaa ! jeles laaah T.T . Cik Aina bru tgh blaja bwa kreta tp cm sush jaa . mcm2 bnda yg xkena , asyk kena mrh jaa dgn pkcek tuh . sadis betul ~

Mohd Ridhuan said...

tahniah r.....
baik r abg jpj...
uhuhuhuh

Henry Zackery said...

aik tutup lak pic kat lesen tu ?? hehehe :) tahniah :)

AMARAN 18 SX : 1 ONLINE USER & 2 OFFLINE USER

Jieha kriesha said...

wahh pnjgnye entry cik yana! hehe..anyway jiha bce smpai abes..heee jiha nk taw jgk prsaan org drive tyme amek lsen hehe jiha pon bru nk amek lsen bln 6 nie..hee anyway congrates cik yana !! heehehe :D

fazae said...

congrate :)

hyazz said...

alhmdllah...selamat sudah...really bawak keta hati hati yer...semalat memandu...akk fllow u yer

DefarhanoVII a.k.a BoyPJ said...

taniah2x dah lulus n dapat lesen!....
leh la tumpang kete die bawa lepas ni...hehe

NasZ said...

akhirnya...congratz2...

SEGMEN "JOM KONGSI PENGALAMAN SERAM"

Syakir+Ina=Syakirina said...

tahniah cik yana ye :)

kucing said...

x rase tua ker baru blajar lesen..
hehehehh
nsib baik gua muda

~akoo~ said...

congrats dpt lesen..gunekn sebaik mgkin..hehe..abg jpj tuh tgk cik yana cntik sbb tuh bg lulus..hehe..

bahiyahaziz ; said...

tahniah..wah org plak debar nk test ni..hehe

.sally said...

pergh!! crte yg suspen! huhu..tahniah sbb da dpt lesen! huhu..

fizazbd said...

haha tahniah,,,saya pon ade kisah pasal amik lesen...haha rase macam super women...by da way..congrat babe!

tokwan muda said...

perghhh tahniah3...hehe

cantekk said...

tahniah da lulus ;-D

Epix's Daniel said...

Dah lulus... tahniah tahniah... selamat mjadi pemandu berhemah.... he hehe he he...

ieka.H said...

wahh..ieka pun otw nak wat lesen ni..xsabar2.. hehe

miz ruha said...

tahniah2,,,
da lulus pun,,
sme la kite,,
lesen P,,,hehhe,,,

Bella One ♥ said...

sonoknye bace kisah nie.
bella otw blaja kereta.
takot jugak nak test nanti. huhuh~
doakan bella dapat lesen macam yana.... =)

Syasya Zamri said...

Akk,saye nie plajar skola tpi nk blajar bwk kete..boleh ke klu dh pandai bwk kete,boleh amik lesen memandu sbb saye nie dak bwh umo