Sunday, January 30, 2011

My girl(s), you should know this :)


Pada yang alert dengan belog cik Yana, dorang mesti tahu cik Yana tuju belog ni kat sape kan. So, entry kali ni merupakan entry untuk orang yang dituju. Hahaha~ Maka dengan otomatiknya, kata ganti diri (betul ke ni?) cik Yana ditukar kepada mami. Mami la sebab budak-budak zaman moden panggil emak dorang mami. Hahaha~ Jarang dah panggil emak. Ke nak mama, ibu? Ibu macam serius sangat je. Kalau umi macam best gak, sejuk je hati dengar. Takpe la, guna mami. Nak pilih kata ganti diri pun susah :P

Mood entry: Pesanan sorang mami kepada anak perempuannya. Hahaha~

Kehadapan anak mami yang cantik-cantik dari mami :) Ketahuilah korang nanti akan sampai masa akan berlaku perubahan pada diri korang. Biasanya masa korang nak masuk sekolah menengah. Kalau ikutkan mami, memang masa nak masuk sekolah menengah la. Maka untuk menyiapkan diri korang menempuhi keadaan tu, mami telah buat research khas untuk korang. Mana tahu nanti masa korang melalui keadaan tu, mami tak de ke. Pegi keje ke, kursus ke, outstation ke lepak dengan member-member mami ke. Hahaha~

Semalam masa mami duk online sebab tak boleh tidur penangan salah satu daripada hal yang mami nak cerita ni. Hahaha~ Suatu hari nanti, akan tiba bila korang dapati sesuatu terjadi kat diri korang. Korang jangan jadi macam mami. Masa mami mula-mula kena, mami ingat mami dapat satu penyakit, rasa macam dah nak mati pastu duk sorang-sorang dalam bilik. Start dari hal tu jugak la, mami dah kurang berkawan dengan kawan-kawan sekeliling rumah mami sebab mami rasa mami dah nak mati. Teruk betul pemikiran mami. Hahaha~ Benda ni berlaku sebab tak de yang cerita kat mami. Nenek korang mesti fikir lambat lagi mami nak kena sebab tu dia tak cite pape lagi. So sekarang, biar mami cerita walaupun korang tak wujud pun lagi. Hahaha~

Anak mami yang cantik, boleh klik gambar ni untuk ke website tu :)
Setiap gambarajah yang seterusnya mami dah link kan terus ke page dia supaya senang korang nak ke link info tu dan baca. Mami memang baik hati :P

Mami tengok website ni memang banyak info berguna untuk korang suatu hari nanti. Semua benda tentang wanita ada kat website ni. Mungkin suatu hari nanti mami pun lupa nak cerita, dedi (tiba-tiba ada watak dedi hahaha~) lagi lah tak tahu nak cerita. Apa yang korang boleh buat, bukak website tu dan baca :)

First sekali korang kena tahu basic kitaran dia. Mami letak gambarajah dia kat sini ok. Yang mami boleh ringkaskan kat sini. Benda tu akan terjadi bila ovum yang dihasilkan dari ovari tu tak disenyawakan maka terjadi la benda tu. Benda tu dipanggil HAID. Ye mami nak cerita pasal haid sebenarnya. Dari tadi duk guna perkataan benda tu. Hahaha~ Selok-belok, suka-duka perjalanan ovum tu korang baca sendiri kat sini.


Bila dah sampai masanya, korang akan perlukan bekalan barang di atas ni setiap bulan. Kat situ ada cerita tentang dua barang yang biasanya digunakan oleh kaum wanita setiap bulan. Ada penjelasan lebih lanjut mengenai kedua-duanya. Yang biasa diguna adalah pads. Yang tampon tu macam seriau je mami baca. Hahaha~

Korang jugak kena tahu dan cek sendiri sama ada keadaan tu normal atau tak. Kat situ ada bagi beberapa petunjuk yang menentukan aliran tu normal ke tak. Korang jangan ambil mudah benda macam ni sebab kadang-kadang benda ni jugak boleh bawa ke penyakit kalau kita terlepas pandang. Sepanjang masa tu jugak korang kena jaga pemakanan supaya dapat ganti balik sel darah yang telah terbuang :)


Kadang-kadang sebelum dan semasa terjadi benda tu korang akan mengalami satu penyeksaan yang dinamakan period cramp. Period cramp ni ada nama saintifik dia iaitu dysmenorrhea dan juga endometriosis. Korang kene faham apa tu primary dysmenorrhea, secondary dysmenorrhea dan endometriosis. Tiga benda ni tak sama keadaan dia. Tapi tak semua perempuan mengalami benda ni. Kalau korang tak kena, korang bertuah sebab tak payah tahan sakit setiap bulan macam mami. Kalau korang macam mami jugak, satu je petua mami boleh bagi, korang ikat botol air panas kat perut korang pastu baring. Lama-lama ok la sikit. Lepas tu sepanjang hari tu sentiasa minum air panas biar perjalanan dia lebih lancar :)


Masa first korang kena, korang tak kan rasa PMS ni penting. Tapi untuk bulan seterusnya, korang akan perasan benda ni. Sebelum datang haid, sesetengah perempuan akan rasa macam nak marah je. Macam semua benda dia buat tak kena. Sebab tu la lelaki selalu cakap kalau perempuan tiba-tiba nak mengamuk tak tentu pasal tu dia datang bulan. Lebih kurang la kot. Tapi mami punya PMS bukan camtu. PMS mami, 2,3 hari sebelum tu mami mesti rasa macam nak makan banyak. Hahaha~ Macam setiap masa rasa macam lapar je. Sakit belakang tu kadang-kadang je rasa. Tapi lain orang, lain simptom dia. Simptom-simptom lain semua diceritakan kat situ. Cara nak mengatasi pun ada :)

Last but not least, kat website ni jugak ada kalendar dimana korang boleh kira when is your next period. Sangat berguna website ni sebab tu mami letak kat belog supaya jadi bahan rujukan korang :)


Penting bagi korang untuk track your next period supaya nanti tak de la terjadi keadaan yang memalukan especially kalau korang berjalan jauh atau tengah buat outdoor activity :)
Simple je, just isi 1st day period korang yang lepas. Yang lain tu, tempoh period normal memang 5-7 hari dan kitaran dia biasanya 28 hari and then hit calculate! :)

And here is the result. Dia akan track korang punya next period bukan untuk next month je, untuk setiap bulan selepas tu! Senang je kan? Terus pegi tanda kat kalendar korang or tanda dalam kalendar handphone. Yang bulatan warna merah menyala tu hari tenat. Hahaha~ Maknanya heavy flow. Makin lama bulatan makin pudar warna maknanya dah tak tenat la :) And this application is almost accurate for normal flow period.

Selain itu, website ni bukan saja cerita tentang period. Tapi semua cerita tentang wanita ada dalam website ni. Really worth to read :) Sebab tu la mami habiskan masa hampir 2 jam kot baca website ni semalam. Dan sebab itu jugak mami rasa orang lain patut baca jugak info-info kat website ni especially girls :) Lelaki pun boleh baca untuk pengetahuan daripada korang baca benda-benda mengarut dan tak bawak faedah tu sebab nanti korang pun kena jaga adik perempuan atau anak perempuan korang.

Artikel-artikel yang ada:




Feel free to click on the image for the info :)

Oh sebelum tu, siapa yang kreatif boleh join contest dari Kotex. Dah lama dah contest ni. Tapi dorang extend contest ni sehingga 15 Februari 2011 sebab sambutan yang menggalakkan. So sape-sape yang rasa kreatif nak decorate pad, boleh join. Mana tahu ada tuah boleh menang apple Ipad dan baucer shopping :) (pesanan ni bukan untuk anak mami. Hahaha~)

Contest ni menggunakan aplikasi facebook :)



p/s: Panjang tol entry wasiat sorang mami kepada anak perempuannya.
Suruh dedi baca sekali ye sebab mami tak konfem lagi sape dedi masa ni:)

Thursday, January 27, 2011

The Tea Republic, Bangsar :)


Terasa macam nak minum teh petang-petang sambil lepak dengan kawan-kawan lepas penat seharian bekerja di pejebat? The Tea Republic, Bangsar mungkin akan menarik perhatian korang untuk singgah dan rehatkan minda. Tak rasa macam berminat lagi? Jom cik Yana tunjuk environment dia yang memang pehhh, class beb :P (macam penjual insurans dah)


tempat lepak sambil nikmati hidangan petang. Silap haribulan, boleh tumpang tidur sebab terlalu selesa weh :P

environment yang macam rumah, memang selesa gila :)

Kalau korang bawak awek yang tengah merajuk kat sini, memang tak jadi merajuk la dia. Perempuan yang merajuk jugak datang sini, dia tak betul. Hahaha~

Amacam? Best tak environment dia? Rasa macam nak try lepak sana tak? Tak nak lagi? Meh cik Yana tunjuk pulak menu dia. Hahaha~

Bayangkan cuaca panas, minum pulak air ni. Pehh~

Jangan cakap orang tua, budak-budak pun mengamuk tengok biskut ni :)

Dah nama kedai pun tea kan, memang tea dorang la tarikan dia :)

Macaron yang memang tengah pemes sekarang. Bila dapat rasa ni???

Hahaha~ menu warna warni tu. Amacam? Untuk pengetahuan korang, dorang ada tawaran hebat untuk menu Tropicalitea & a Large Cookie dimana biasanya berharga RM 14.50. Tapi korang boleh dapatkan diskaun 45% kat sini. So korang hanya bayar RM8 je untuk set Tropicalitea & a Large Cookie. So kalau awek merajuk, nak bawak dia minum petang kat tempat mahal tapi tak payah keluarkan banyak duit, boleh la bawak dia ke sini. Tapi jangan la bagitahu korang dapat diskaun nanti dia merajuk balik. Hahaha~

Pehh~ siap letak map. Semangat cik Yana nak tolong korang pujuk awek korang. Cik Yana tahu la orang kL pun sesat pe jalan kat kL. Hahaha~

So sape-sape yang tak de awek yang kuat merajuk, tapi jenis suka try makanan baru, suka try makan kat macam-macam tempat, tiba-tiba rasa nak try kat The Tea Republic ni pulak, boleh la klik sini untuk dapatkan diskaun. Bila korang try set menu yang lebih murah, berbaloi kan? Instead of paying RM 14.50, you just have to pay RM 8 for that set. Kalau tiba-tiba rasa macam tak memenuhi citarasa korang, tak de la merungut sepanjang hari pas try menu kat situ sebab dah melayang RM 14.50 kan? Hehehe~

p/s: Pix credit to their websites and that map is from Google :)
Terms and conditions apply for this promotion :)

Sunday, January 23, 2011

'Kelebihan' Widgeo kepada belogwalker :)


Korang kenal tak widget Widgeo? Hahaha~ Macam best je sebut widget Widgeo. Widget Widgeo. Sudah! Balik pada entry! Sesetengah belog pakai widget ni tau. Korang tau tak widget beri kelebihan masa blogwalking? Belogwalking tu penting untuk blogger sebab bila korang blogwalking, korang akan tarik trafik ke belog korang bila ada blogger lain klik link yang korang tinggal kat shoutbox. Trafik penting untuk belog yang tak de BE macam belog ni. Hahaha~ Tu pun kalau korang tinggal jejak la kan, mana tahu ade yang jenis blogwalking merangkap stalker senyap-senyap. Hehehe~

Warna-warni widget Widgeo ni :)

Fungsi widget ni nak track visitor korang dari mana. Hahaha~ Tapi tak berapa tepat pun sebenarnya. Tapi yang cik Yana nak cerita sekarang ni, KELEBIHAN widget widgeo ni. Untuk lengkapkan sesi bercerita ni, cik Yana guna belog cik Yana je la sebagai model dia :)

Bila korang letak widget Widgeo ni kat belog korang, bila ada blogger masuk belog korang, pastu contohnya dia nak klik shoutbox kat tepi yang hide tu. Apa akan jadi?


Tekan shoutbox kat tepi tu, menjelma la KELEBIHAN widget Widgeo :)



Contoh kedua pulak, bila dia nak tekan komen kat bawah entry. Apa akan jadi?


Menjelma jugak KELEBIHAN widget Widgeo :)


Kadang-kadang tu kan, kalau yang jenis tak suka guna 'mouse' macam cik Yana ni kan, suka guna touch pad ni je, nak tekan scroll kat tepi tu pun menjelma lah KELEBIHAN widget Widgeo. Maka, widget Widgeo ni memang memberi satu KELEBIHAN kat blogwalker iaitu KELEBIHAN Tab. Hahaha~ Setiap kali korang klik mana-mana tempat kat belog yang ada widget Widgeo ni, dengan percumanya korang akan dapat new tab :)

Sesetengah blogger dah tau dah apa penyebab keluar new tab tu. Tapi cik Yana baru tahu. Hahaha~ Macam pelik pulak setiap kali tekan, keluar new tab. Lepas tu baru perasan belog yang ada widget Widgeo tu je yang akan keluar new tab iklan tu. Jadi masalah blogwalking cik Yana sudah selesai. Patut la kalau bukak 3 belog sekali gus, tiba-tiba jadi berganda sebab tiga-tiga belog ada widget Widgeo tu. Nak buang ke tak, tu terpulang kat korang la. Sebab tu belog cik Yana tak pakai widget Widgeo tu sebab menganggu pelawat nak klik :)



p/s: Cik Yana suka exercise jari sambil dengar
lagu sekat-sekat bila keluar tab tu
Tak marah-tak marah :P

Friday, January 21, 2011

Nak dapatkan profile facebook lama?


2,3 hari lepas semua macam bising dan tak puas hati kan sebab facebook tukar new profile yang sememangnya tak cun langsung. Serabut tengok profile baru tu kan? Dah la list friend dia gedabak besar. Yang lama punya lagi nampak kemas. Dulu-dulu masa kawan-kawan tersalah upgrade new profile, bukan main lagi gelak cakap padan muka sebab profile tak lawa. Sekarang dah kena kat muka sendiri. Facebook kejam! Hahaha~

Buruk bebenor layout ni :)

Sebab terlalu sayang kat profile lama, cik Yana google cara nak dapatkan layout profile yang lama. Hahaha~ Jumpa! kat sini. Cik Yana pun ikut la steps dia bagi tu :P

Mula-mula dia cakap kena deactivate account facebook. Buat cepat! Buat cepat! Hahaha~


Dia suruh pilih: this is temporary. I'll be back. Pastu klik Confirm. Hahaha~ Nanti facebook akan suruh masukkan password dan word verification tu. Bila dah deactivate, tunggu selama 5 minit camtu ke 30 minit ke sehari ke ikut suka la. Kalau jenis tak sabar 5 minit je la. Hahaha~ Tapi cik Yana tunggu 30 minit. Macam afdal je tunggu lama-lama kan. Hahaha~

Selepas 30 minit
















Hahahaha~





Sila la login balik dia cakap :P









Hasilnya :)









Amek kau! Sama je lagi layout dia.

Itulah padahnya bila tak baca komen orang yang dah try buat. Hahaha~ Yang tu trick lama. Facebook dah block dah. Eh eh ada yang dah deactivate ke? Tak payah! Tak payah! tak jadi. Hahaha~ Korang pun sama macam cik Yana ke tak baca abis? Hahaha~ Ampun-ampun! :)



p/s: Terima jela hasil karya baru pakcik Mark tu.
Kang dia merajuk cakap nak tutup lagi facebook baru korang gabra.
Hahaha~

Thursday, January 20, 2011

Anda penggemar Milo? :)


Break dari cuti jap. Update satu entry pastu sambung cuti balik. Hahaha~

Oh. Berbalik kepada tajuk entry. Adakah anda penggemar Milo (makin skema ayat entry)? Korang tahu tak sekarang ada contest untuk penggemar-penggemar kipas susah mati Milo? Pernah dengar contest Jam-Pack Your Friends & Win Prizes Up To RM40K? Tak pernah dengar? Meh cik Yana nak cite :)

Boleh klik banner contest ni :)

Contest ni senang je. Korang main game dan kumpul mata paling tinggi. Siapa yang paling tinggi dia yang akan menang hadiah-hadiah tu. Hadiah tu korang boleh pilih sendiri. Hadiah terdiri dari gadget-gadget yang tengah pemes sekarang ni. Cik Yana tahu la pemes sebab kebanyakan wishlist orang tahun ni mesti ada salah satu gadget tu. Milo nak bagi free kat korang. Korang tak nak ke? Nanti kat bawah baru cik Yana bagitahu hadiah dia ape. Bukan setakat yang kat dalam gambar atas tu je. Suspen sikit :)

Contest ni bermula 30 Disember 2010 (tahun lepas tu) hingga 9 Mac 2011. Lama lagi tarikh tutup dia. Syarat-syarat nak menang, korang kena lepas 3 stage dalam game ni. Meh cik Yana tunjuk satu-satu. Cik Yana dah godek semua dah :)

Stage 1 : Play the game

Stage ni korang kene main ketiga-tiga game stage kat sini. Kalau korang berjaya score lebih daripada 1000 dalam ketiga-tiga game stage ni baru korang boleh proceed to the next stage :)

Game stage 1 : Korang kene susun orang dalam bas dalam masa 1 minit je!

Game stage 2: Dah lepas stage 1 pergi ke stage ni pulak.
Korang kene susun orang dalam lif pulak selama 1 minit je!

Game stage 3: Susun orang dalam cup Milo pulak.
Jelez tak tengok total score cik Yana? Meh la beat. Tengok sape menang hadiah tu :P

Stage 2: Selection of prizes

Bila korang dah dapat lebih dari 1000 score walaupun korang tak lepas mana-mana stage, korang masih layak pilih hadiah. Best kan? Tapi mesti la lagi best kalau lepas tiga-tiga stage sebab nanti score makin tinggi. Bila makin tinggi makin cerah peluang nak dapat hadiah :)

Korang boleh pilih antara 5 hadiah ni :)

Dan setiap penyertaan yang dihantar untuk stage 1, korang akan otomatik layak untuk masuk kategori High Scorer Category. Yang ni akan dapat hadiah Ipod Shuffle 2gb. Ha, sebab tu la cik Yana cakap best kalau lepas tiga-tiga game stage sebab score korang akan tinggi. Lepas tu boleh rebut peluang untuk kategori ni pulak :)

Stage 3: Submission of Proof of Purchase


Masa kita pilih hadiah tu kan, dia akan cakap berapa POP code kita perlukan untuk hadiah tu. POP code tu korang boleh dapat kat belakang plastik Milo Fuze yang korang beli. Tak boleh tipu tau pergi supermarket pastu amek semua code kat belakang tu padahal tak beli pun sebab nanti kalau korang menang, nak redeem hadiah kena tunjuk bukti pembelian :)

3 stage je untuk korang rebut hadiah ni. Amacam? Nak try beat cik Yana? Klik Jam-Pack Your Friends and Win Prizes. Syarat dan peraturan lebih lanjut semua ada kat situ. Oh lupa nak bagitahu, game ni guna applications facebook tau. So korang kena ada akaun facebook untuk main game ni. Sekali korang main, korang mesti akan usaha sampai semua orang boleh sumbat dalam bas, lif dengan cup milo tu. Tak caye, try la :P

Selamat mencuba dan selamat mengalahkan cik Yana. Hahaha~ Bajet macam score dia paling tinggi :P



p/s: cik Yana tak minum Milo sebenarnya.
So siapa-siapa yang beli Milo Fuze tak nak masuk
contest ni boleh bagi tak plastik Milo Fuze tu?
Hahaha~

Monday, January 17, 2011

Cuti belog :)


Salam semua :)
Hee~
Saja nak buat entry rasmi sebab nak bagitahu satu benda.
Cik Yana nak cuti dari berbelog untuk beberapa hari boleh?
Sebab cuti?
Adalah.
Saja tak nak buat serabut kepala.
Hahaha~
Ada benda penting cik Yana nak setel dan uruskan.
So, nak mintak tolong korang boleh tak?
Hahaha~
Korang semua kan mesti baik hati dan rajin kan kan kan?
Nak mintak satu je.
Tolong derma trafik kat belog cik Yana sepanjang cik Yana cuti.
Korang tahu kan belog ni tak de BE lagi.
Tak kesian ke?
Hehehe~
Lama mana cuti tu tak tahu lagi.
Dah setel semua baru cik Yana update balik belog ok :)
Mekasih semua!

*Anggaplah cik Yana 'sakit' sebab tu kene cuti*
Sakit la tu sebab dah revealed gigi bunny.
Hahaha~

Haa!
Lagi satu kan, kalau korang ada tag cik Yana ke.
Boleh tak tinggalkan link kat fanpage.
Kalau tinggal kat chatbox takut tenggelam dengan jejak blogger lain.
Tak nak korang kecik ati je kalau cik Yana terlepas pandang :)
Ok la.
Tu je untuk entry rasmi cuti belog :)


Cuti bermula sekarang!!!
Take care semua :)


p/s: Ingat tak pesanan cik Yana kat atas tu?
Kalau ingat, tolong tau :)

Sunday, January 16, 2011

Kami kembar :)


PERHATIAN!!!

Entry ni berbentuk santai je.
Entry ni merupakan entry bergambar
Entry ni menggunakan hanya sedikit ayat
Entry ni tak memerlukan korang mengerut dahi
Entry ni tak tak perlukan pemahaman yang mendalam
Entry ni tak perlu penjelasan yang panjang-panjang untuk setiap gambar

Ahhh! Sudahlah, banyak ayat je!

Erk! Tak sama la. Bukan-bukan! *tak comel pulak tu*

Sama tak? Alaa... Tak jugak! *dah la garang*

Yess! Dah jumpa! Telinga mata hitam. Hee~

Eh, nak gi mana? Amek gambar dulu :)

Oh Mak! Nak bawak kroni rupanya :)

SEKIAN!!!
Hahaha~
Memang entry tak bermotif :P


p/s: Gambar ditaja oleh Encik Google.
Gambar comel sangat, kita buat cerita :)