Thursday, March 31, 2011

Happy Birthday, Superman!!! :)


Semalam, 30 Mac 2011, birthday Superman yang ke-54. Superman tu duduk dalam rumah cik Yana je. Macam mana beliau dapat gelaran Superman? Ada kisah disebaliknya. Muahaha~

*dah lama tak melukis kartun lidi. Hahaha~*



Suatu hari, pada waktu tengahari, sedang abah cik Yana tengah tunggu waktu untuk gi amek anak-anak perempuan die dari sekolah, abah tidur sekejap dalam bilik. Dalam masa yang sama, adik lelaki cik Yana yang bongsu tu berjalan bertatih-tatih sebab dia baru boleh berjalan, masuk ke dalam bilik abah kononnya nak join tidur sekali. Beberapa minit lepas tu, abah lena dibuai mimpi, manakala si adik tak nak tidur. Maka, adik pun pergi ke tepi tingkap nak tengok orang baiki rumah sebelah. Gap antara dinding ada tingkap tu dengan katil, tak de sebab abah memang rapatkan katil ke dinding.


Sebab terlalu excited tengok orang bertukang kat rumah sebelah, adik pun melompat-lompat atas katil tu. Biasa la kan, kalau budak kecik tengok benda yang dia tak pernah tengok, mesti dia excited semacam. Abah perasan adik melompat-lompat, tapi dalam keadaan mamai abah cuma cakap, "Adik, jangan lompat. Kekgi jatuh." Tapi budak kecik, dia paham apa. Lagi seronok dia melompat.

Tiba-tiba abah rasa macam adik dah tak melompat. Disangka adik dah duduk diam. Dalam tak bukak lagi mata, abah konon-konon bercakap dengan adik. "Adik buat mende tu? Senyap je. Nak tidur ke?" Tapi adik tetap senyap dan tak de sebarang pergerakan lain atas katil melainkan abah. Abah terus bukak mata, terkejut tengok adik tak de atas katil. Nak cakap dia dah keluar dari bilik, mesti ada bunyi dia bersusah payah nak turun dari katil. Dalam keadaan cemas, abah terus cek sekeliling katil kot-kot dia jatuh.


Naluri abah kuat suruh pergi tengok kat tingkap. Maka abah pun pergi intai kat luar tingkap. Nak kau! Adik dah selamat terbaring atas rumput sambil tersengih letak rumput dalam mulut. Hahaha~ Dah jatuh dari tingkap boleh lagi tersengih camtu. Orang yang bertukang sebelah rumah tu pun tak perasan adik jatuh sebab keadaan kat situ bising. Memang tak de sorang pun saksi.


Tanpa berfikir panjang, kononnya nak menyelamatkan adik, padahal adik dah selamat landing atas rumput, abah terus terjun ala Superman dari tingkap tu. Bayangkan dengan hanya berkain pelikat abah terjun, padahal boleh je keluar ikut pintu. Tapi dah tak boleh nak fikir apa dah masa tu, abah nekad terjun. Adik lagi la seronok bila tengok aksi camtu. Manakala pakcik-pakcik yang bertukang kat rumah sebelah tiba-tiba cemas sebab tengok abah terjun. Hahaha~ Maybe sebab adik kecik, orang tak perasan, tapi abah kan dewasa, kain pelikat pulak tu, orang perasan la. Abah terjun semata-mata nak ambik adik kat bawah =.= Last sekali, adik tak cedera pape, tapi abah yang cedera kat kaki sebab Superman salah landing :)

Itulah kisah camana abah dapat title Superman dari cik Yana dan adik :)

Budak ni la yang terjun tingkap semata-mata nak makan rumput. Hahaha~ Tapi ni dah besar dah sikit. Katil ni la kejadian tu berlaku. Menyampah tol kalau dia amek gambar buat muka macam nak mintak lempang camni =.=

Budak makan rumput dan Superman, 13 tahun kemudian :)


Along ucapkan Happy Birthday untuk abah. Semoga panjang umur dan murah rezeki sokmo :)
Byeyom!~

Monday, March 28, 2011

LipIce Pecuma Untuk Anda dan Kawan-Kawan!!! :)


LipIce sedang bermurah hati untuk bagi produk percuma kepada mereka yang nak. Bukan untuk korang je, malah untuk kawan-kawan yang korang pilih. Setiap sorang akan dapat satu LipIce Fruity. Tak perlu masuk kontest, tak perlu vote siapa cantik. Tulis nota, submit dan tunggu LipIce sampai ke pintu rumah korang :)
(using Facebook application)

Steps untuk dapatkan LipIce percuma:
Upload gambar, hias ikut suka korang nak hias camane, tulis nota ringkas dan submit!
Nama pun Share the Joy of LipIce with a Sista, korang akan berpeluang untuk pilih kawan-kawan yang korang nak share free gift LipIce ni :)

Lepas dah siap semuanya, korang akan diminta untuk isi borang maklumat peribadi bagi tujuan pengeposan LipIce percuma! Kawan-kawan yang korang pilih tu jugak akan terima message yang sama dekat wall facebook dorang, kalau dorang nak jugak LipIce tu, dorang cuma perlu view message kat wall dorang tu dan isi maklumat peribadi dorang. Tak payah vote pape pun. Best kan?

Cik Yana dah siap send. Korang tak nak LipIce free?

Nak jugak, klik:
Promotion ends on 29th April 2011. Hurry up and grab this chance! :)

Dan lagi, thanks kepada abang Nuffnang sebab bagi BE ke 9 untuk iklan Digi - Justin Bieber SS :)
Byeyom! :)

Saturday, March 26, 2011

Panas: Mereka dicekup dalam kegelapan ketika Earth Hour :)


Yess! cik Yana berjaya cekup beberapa orang blogger ketika Earth Hour tadi. Mereka yang dicekup ialah:

Puteri Ilyanie
IdaAfifa
Telor

Alaa, 3 orang je ke? Ingatkan dapatlah cekup ramai tadi. Kecewa kejap. =.="
Kenapa dorang dicekup, sebab dorang tinggal jejak kat shoutbox cik Yana masa Earth Hour sedang berlangsung. Muahahaha~

*Jangan risau, korang dicekup sebab tinggal jejak je, bukan buat perkara tak senonoh. Hahaha~*

Siapa yang tutup lampu, tutup laptop, tutup tv, tutup semua sumber letrik dalam jangka masa selama sejam tadi bermula pukul 8.30 malam sampai 9.30 malam? Tahniah pada yang buat. Tahniah jugak kat cik Yana. Hahaha~ Bilik cik Yana je yang gelap. Kat luar terang benderang je :P

Tapi dalam gelap tadi, cik Yana perhati kat luar rumah, tak de sebuah rumah pun yang betul-betul tutup lampu satu rumah. Lampu jalan semua ada. Tv pun bersiaran macam biasa. Patutnya tv wat tak de siaran masa Earth Hour. Baru betul. Baru semua orang tutup tv sebab tak de siaran nak tengok. Hahaha~

Pape pun, kepada yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai penghuni Bumi yang prihatin, syabas dan tahniah sebab anda memang sayangkan Bumi :)


Thanx lagi kat abang Nuffnang sebab bagi BE ke-8 untuk VW 0.5% Golf GTI & Polo LR. Hahaha~ Muak pulak tulis pasal BE je, tapi syok dapat. Hahaha~ Muahh abang Nuffnang. Byeyom :)

Thursday, March 24, 2011

Entry Kasih Sayang Kepada Nuffnang :)

Status diri pening-pening lepas baru balik memandu guna kereta ada lambang 'L' kat depan belakang. Sampai rumah terus cek Nuffnang *nampak sangat mata duitan*. Pastu terus hilang pening sebab Nuffnang bagi hadiah lagi. Celonoknyerrrrrrrr :)


Yeay! Abang Nuffnang bagi Buffered Earning yang ketujuh untuk cik Yana bagi iklan Digi Opera Mini SS :) Satu BE untuk Taylor University Open Day dah selamat dimeterkan. Walaupun tak banyak mana pendapatan untuk BE tu, tapi menyumbang kewangan cik Yana. Mekasih abang Nuffnang *suka hati je panggil abang*

Oh ya, tadi kan cik Yana drive kete L tu kan, ikut la belakang sebuah kete L satu lagi. Pastu tengok kete tu ke kiri ke kanan, cik Yana senyap je la. Mana boleh ketawakan orang, kite pun bukan terer sangat. Pastu tiba-tiba cikgu cik Yana kat sebelah gelak bukan main lagi. "Dop lulus ni, dop lulus" cikgu cakap. Pastu cik Yana cakap, "Cikgu, ingat dop tadi kete kite ni siap nok langgor tembok jalan mase pusing U tadi?" Hahaha~ terus jadi serius dua-dua dalam kete. Hahaha~ So moral of the day, kalau drive kete L, jangan gelakkan kete L yang lain. Kalau drive kete tak de L dah pun, jangan gelakkan kete L sebab dulu-dulu masa korang belajar pun korang camtu jugak :)

Watch your favourite Korean TV drama in HD here :)

Mekasih lagi sekali abang Nuffnang. Yang belum dapat BE, berusaha lagi. Hehehe~ Nanti akan tiba masa korang jugak boleh buat entry pasal BE korang. Byeyom :)

Tuesday, March 22, 2011

The Blogshop: Lolita's Closet :)

Cik Yana ada terima emel dari sorang tauke blogshop yang mintak cik Yana promote contest blogshop dia. Mana dia dapat emel cik Yana pun cik Yana tak tahu. Tapi tak kesah la. Terer la sis dapat carik emel cik Yana. Hahaha~


Rasa boring nak baca review? Tekan je X kat atas tu. Tak marah pun. Cik Yana tak kan kejar balik sampai kat belog korang sambil tarik telinga korang suruh datang balik kat belog cik Yana pastu baca review ni sampai habis *mengarutnya*

Disebabkan tengah tak tahu nak mengupdate amende dan sebagai tanda menyokong perkembangan blogshop di dunia belog yang wujud umpama cendawan yang tumbuh lepas hujan *chewah* maka cik Yana berbesar hati nak tolong promote contest dari blogshop ni tanpa mengenakan sebarang bayaran. Hahaha~ Setelah puas godeh-godeh blogshop tu, maka....

MEMPERKENALKAN


Seperti yang diberitahu oleh tauke blogshop dalam emelnya, blogshop ni baru lagi dan produk tumpuan dia adalah handbag. Perempuan-perempuan sekalian, adakah anda sudah tergoda? Rilek dulu, jangan gi terjah lagi. Nanti jem blogshop tu :)

Antara produk yang terdapat kat blogshop tu:




Harga korang boleh rujuk sendiri kat Lolita's Closet. Kang nanti macam cik Yana pulak yang berniaga :P

Dan sekarang, Lolita's Closet sedang mengadakan kontest 'Lolita's Closet Giveaway Contest'. Semua syarat dan peraturan kontest korang boleh rujuk kat sini sebab nanti kalau cik Yana letak syarat kontest kat sini, mesti ada blogger ingat cik Yana yang anjurkan kontest. Selalu sangat dah tengok kat belog orang lain, blogger salah faham =.=

*boleh klik banner ni untuk ke entry kontest*

Bag ni akan dihadiahkan kepada pemenang kontest berkenaan :)

Jadi kepada sesiapa yang berminat nak join kontest atau mencuci mata, boleh ke Lolita's Closet. Sambil cuci mata, masuklah kontest tu, untung-untung boleh bag free, ye dop? Hahaha~ Pape kemusykilan, boleh berhubung terus dengan owner blogshop di alamat email ni: lolita.closet@yahoo.com

Esok result SPM 2010 akan diumumkan. Good Luck untuk semua adik-adik. Kalau cemerlang, tahniah. Kalau tak berapa cemerlang, tak bermakna anda gagal dalam hidup. Jalan lain masih terbentang luas dihadapan anda :) Hehehe~ Byeyom :)

Monday, March 21, 2011

Serius letak jawatan kalau camni :P


Semalam, duk merayap kat facebook, terbaca satu note yang member cik Yana share kat homepage. Jawapan Pekso Yang Menyobabkan Cikgu Ndak Balik Kampung Motong Gotah. Hahaha~ Tiba-tiba blogger Terengganu jadi blogger Nogori (betul ke?). Lawak memang lawak, tapi disebabkan cik Yana ni minat subjek Matematik je, cik Yana carik jawapan yang berunsurkan Matematik dan share kat belog :)

Tujuan letak kat belog: Semoga nanti kalau ada anak, dia bace entry ni, harap-harap dia tak buat camtu. Hahaha~

Cerdik =.=

Dari algebra semata-mata, tiba-tiba dapat angka =.=

Disebabkan Infiniti punye simbol macam 8 terbalik, terus bagi jawapan 5 terbalik =.=

Ini betul-betul berkembang ni =.=

Mesti lama gila budak tu perhati saiz BDC tu =.=

Dah tension jalan kira makin complicated sampai bunuh diri :P

Dah la. Letak banyak-banyak gambar nanti lambat pulak loading page ni. Kalau nak tengok banyak lagi, google je taip 'Funny Mathematics Solutions'. Rasanya kat belog lain pun dah banyak kot sebab benda ni dah lame :)

Pengajaran entry: Matematik memang complicated, tapi makin complicated tu, makin seronok. Korang bayangkan bapak gila punya panjang steps nak dapat solution dia, last-last sekali korang dapat jawapan yang tepat. Suka tak? Especially Add Math kan? Hahaha~ Kepada adik-adik luar sana yang masih lagi belajar tu, tak kira la sekolah ke kolej ke universiti ke, tak pe kalau dapat soalan yang entah pape dia punye steps untuk carik jawapan, korang balun je buat selagi masa ada walaupun korang tahu macam tipis je harapan nak dapat jawapan yang betul. Sebab setiap steps ada markah, kadang-kadang cikgu tetap bagi markah kesian. Hahaha~ Kalau tak boleh buat pun, jangan ikut jawapan macam kat atas ni. Paling kurang pun, salin balik soalan dia. Hahaha~

Kalau cik Yana jadi cikgu, memang menangis jugak dapat jawapan macam kat atas. Ternyata, bukan senang nak mendidik :) Hargai pengorbanan guru anda :)

Friday, March 18, 2011

Olahragawan Negara bagi :)


Sebagai pendahuluan entry, cik Yana nak ucapkan terima kasih kat Nuffnang (lagi) sebab bagi buffered earning keenam untuk belog cik Yana untuk iklan DiGi Iphone 4. Sejak dah mula dapat buffered earning ni, setiap entry mesti ada ucapan terima kasih kat Nuffnang. Baik hati betul sekarang ye bagi buffered earning baru kat cik Yana tiap-tiap minggu. Alhamdulillah :)

Balik kepada tajuk entry. Sebagai menghargai kipas-'gila'-susah-mati beliau, encik Azizulhasni Awang selaku olahragawan negara bagi sesuatu kat cik Yana. Hahaha~


Kad jemputan kawen beliau =.=

Bayangkan korang kipas-'gila'-susah-mati kat seseorang. Contoh lain, tiba-tiba abang Tomok bagi kad jemputan kawen kat cik Yana. Bayangkan minat gila-gila pastu tiba-tiba dia bagi kad kawen, apa perasaan korang? Hahaha~ Menangis 7 hari 6 malam dalam bilik? Hahaha~

Main-main je, mana ada cik Yana sampai camtu. Cik Yana bukan kipas-'gila'-susah-mati encik Azizulhasni. Cik Yana dengan encik Azizulhasni tu dulu classmate masa sekolah rendah. Tak ingat dah dari darjah berapa sekelas, tapi yang cik Yana ingat, darjah 6 memang kitorang sekelas. Pehh~ dulu sebelah mata pun cik Yana malas pandang, sekarang dua-dua belah mata siap terbukak luas agi tengok dia dalam tv campur dengan perasaan bangga sekali. Dalam hati cakap, "Dia lah ex classmate aku dulu." Hahaha~ Ni baru classmate, cikgu-cikgu kitorang jangan cakap la, bangga ada bekas anak murid yang berusaha gigih nak harumkan nama negara.

Sumber: Google :)

Sempena perkahwinan beliau lagi sekali, eh bukan dia ada bini baru la. Ni majlis resepsi sebelah pihak perempuan, sebelah isteri beliau, Puan Tya Illyana, sebab tu la beliau bagi kad jemputan. InsyaALLAH, kalau ada masa, sampai la cik Yana kat Perak tu :)

Sumber: Google :)

Kiranya entry ni khas untuk olahragawan negara la. Kepada encik Azizulhasni dan puan Tya Illyana, selamat pengantin yang dah tak berapa nak baru dah. Korang dah menikah lama dah kan? Hahaha~ Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Semoga melahirkan generasi yang mengharumkan nama negara macam bapak dia jugak :) Kepada encik Azizulhasni, semoga sentiasa mendapat kesihatan yang baik, dijauhi dari sebarang kemalangan semasa berlatih dan bertanding supaya dapat terus mengharumkan nama negara dan semoga tercapai semua impian yang diimpikan selama ni. Oh~ lagi satu tahniah sebab terpilih sebagai Olahragawan Negara lagi sekali baru-baru ni :)

Semakin hari, semakin banyak pulak ye dapat kad jemputan kawen kawan-kawan. Kenapa semua orang kawen awal sangat ni? hahaha~


Wednesday, March 16, 2011

Make Our Earth a Better Place to Live :)


Pehh~ sejam fikir tajuk entry. Berbelit-belit ayat BI. Kalau Bumi dah tak selamat nak didiami, nak duk mana lagi? Renung-renungkan dan selamat beramal :)





Pemandangan sekitar Tsunami yang berlaku di Jepun beberapa hari lepas.
Cerita lanjut boleh klik sini :)

Selain dari kuasa Tuhan, malapetaka-malapetaka yang berlaku kat Bumi sekarang tak kira la Tsunami ke ape ke, nak menunjukkan Bumi kita dah tak sihat dan tua. Bukan nak suruh korang pindah pergi planet lain ke ape. Cuma nak bagitahu manusia juga merupakan penyebab berlakunya bencana ni semua. So sekarang cik Yana nak ajak korang join satu kempen untuk memulihkan kesihatan Bumi kita :)

Banner 600px X 160px

Yess! Earth Hour 2011 telah kembali. Tahun lepas, korang join tak? Tutup tak semua lampu, lappy? Tak buat tahun lepas? Meh sertai tahun ni punya pulak. Tak payah bayar yuran penyertaan pun. Menjimatkan lagi elektrik korang ade la. Korang cuma bagi masa sejam je untuk Bumi kita tenang dan aman tanpa sebarang penggunaan sumber tenaga bermula jam 8.30 malam sampai 9.30 malam 26 Mac 2011 ni.

Ramai mana dah rakyat Malaysia yang sertai akujanji nak support kempen ni? Ini statistik mengikut negeri yang dah mengisi akujanji Earth Hour 2011 kat WWF :)


Dop rok cetong la orang Tranung. Tempat kedua dari bawah yang menyokong dan menandatangani akujanji kempen ni. Guane berat ngak ni? Hahaha~ Tempat pertama, rakyat paling ramai menyokong adalah rakyat Selangor. Cik Yana baru je sign tadi, sebelum ni 30 orang, sekarang 31. Cik Yana la tu yang tambah sorang tu. Hahaha~ Eh, korang dah sign belum? Cepat-cepat naikkan ranking negeri korang. Orang Terengganu mana??? Cepat sign. Klik banner bawah ni untuk sign :)

Banner 200px X 150px

Macamana nak sign dan support?


Kat atas website tu, korang akan nampak banner macam gambar atas ni, klik kat Pledge Now! Isi borang tu dan siap! Korang dah berjaya sign untuk support kempen ni. Untuk login, dorang akan bagi username dan password kat email korang :)

Jangan sign je, tapi tak buat. Bila kempen ni? 26 Mac 2011 dari 8.30 malam hingga 9.30 malam. Kepada blogger, no lappy, no blogwalking ok? Help get more people to Switch Off for Earth Hour 2011 and pledge to "Live Green" :)

Jangan lupa untuk sebarkan kempen ni ye. Jom sama-sama kita bantu Bumi kita :)
Dan lagi satu, thanks to Nuffnang sebab bagi Buffered Earning kelima untuk Lancome Maqui Mineral Foundation :)

Friday, March 11, 2011

Warga budak-budak tahun 90an :)


Kamu-kamu yang berumur 20an sekalian, masih ingatkah kamu-kamu akan kenangan ketika kecik-kecik pada tahun 90an? Masih ingatkah kamu dengan semua makanan ringan yang mak ayah marah makan banyak-banyak tapi korang tetap pergi kedai beli walaupun terpaksa makan secara menyorok takut kena marah dengan mak ayah apatah lagi kalau makan dalam rumah? Hahaha~ Mari kita kembali sekejap ke zaman muda kanak-kanak riang dulu. Jom-jom, doraemon bagi pinjam mesin masa dia. Hahaha~

Aiskrim Pop


Siapa yang tak kenal dengan aiskrim ni yang satu masa dulu sangat pemes mengalahkan aiskrim Baskin Robbin segala bagai tu? Setiap budak yang pergi kedai, mesti akan keluar dengan kedai tu berwajah riang dengan aiskrim POP kat tangan. Hahaha~ Ada yang suka pulas hujung dia sampai putus pastu hisap sekuat hati sampai keluar tulang pipi, ada yang cerdik macam cik Yana, patahkan dua pastu makan sebelah-sebelah. Tak payah guna tenaga banyak-banyak nak sedut. Hahaha~ Walaupun orang tua-tua cakap bahaya makan, tapi stock aiskrim POP ni la yang wajib ada kat setiap kedai. Sekarang tak semua kedai ada, kedai kat rumah cik Yana tak de. 10 sen je pun, budak-budak sekarang dah tak pandang. Yang dikejarnya abang motosikal yang datang pasang lagu "Mat Kool, mat Kool kawanku" Hahaha~

Coklat nombor 8


Hahaha~ Agak pemes la jugak coklat ni. Beli 1 boleh kongsi dengan kawan-kawan. Tapi jangan harapla nak kongsi. Hahaha~ Kalau time cik Yana dulu, cik Yana akan carik yang ada paling banyak warna kat dalam tu. Maknanya, tengok sekali pandang tak de la nampak warna merah je, kuning je. Biar warna-warni. Padahal semua rasa sama je. Mentaliti budak-budak betul. Hahaha~

Gula-gula Arnab


Cik Yana panggil coklat Arnab. Hahaha~ Mesti orang cakap coklat tu yang warna koko, yang style camni orang panggil gula-gula. Tapi cik Yana rasa orang Terengganu semua benda camni panggil coklat. Ke cik Yana sorang je yang panggil? hahaha~ Coklat arnab kira macam makanan ajaib la sebab boleh makan sekali dengan plastik dia kat dalam tu. Hahaha~ Mentaliti budak-budak memang camtu. Siap buat silap mata depan kawan-kawan yang tak pernah makan coklat tu, makan depan dia dengan plastik pastu jelir lidah tunjuk boleh telan plastik tu. Hahaha~

Coklat Celup

Yang ni selalu dapat time hari sabtu sebab hari sabtu pergi pasar besar. Letih carik barang, dapat upah coklat celup. Hahaha~ Mulut berengek letih pun senyap bila kena sumbat dengan coklat celup. Kadang-kadang dapat Nini coklat celup. Tapi kalau terer bodek hari tu dapat yang mahal sikit. Dapat Nyam Nyam. Hahaha~


Yang Nini tu celup coklat pastu makan, Nyam Nyam ni celup coklat pastu celup rice crispy die tu pulak. Tak kenyang pun makan benda ni. Tapi mentaliti budak-budak memang camtu. Hahaha~

Coklat Nyut-Nyut

Nyut-nyut tu maksud dia kenyal atau bergetah. Bahasa Terengganu la ni. Tak pun cik Yana sorang je kot yang panggil makanan tu. Hahaha~ Yang ni wujud time nak ke arah millenium da. Ni makanan ringan fevret adik bongsu cik Yana. Cik Yana tak minat mana pun tapi pernah jugak la curik die punya. Hahaha~


Sanggup weh dia makan burger tipu ni sekeping-sekeping takut cepat habis. Hahaha~

Cik Yana selalu curik 1 slice pastu letak balik jadi 5 slices. Pastu mesti dia mengamuk sebab ada 5 je. Hahaha~

Bubble Gum


20 sen kalau tak silap. Kat dalam ada 4 biji. Hahaha~ Paling suka perisa anggur. Siap makan sambil mengaji lagi pastu kena marah dengan tok guru. Hahaha~


Yang ni paling fevret sebab ada hadiah kat dalam. Ada tattoo free. Hahaha~ mentaliti budak-budak betul. Kalau member dapat gambar yang best, mesti jeles. Pastu pergi beli lagi, pastu tak dapat jugak gambar camtu, pastu membazir duit je. Hahaha~ Tapi tattoo dia cik Yana tak tampal kat lengan ke badan ke, cik Yana tampal kat tiang telekom kat rumah. Hahaha~ Ada tak lagi entah tiang tu. Memang penuh dengan sticker cik Yana kat situ. Ada hari tu, pakcik Telekom yang datang cek siap puji agi sebab menghiaskan tiang tu. Hahaha~

Semua gambar sumbangan Google :)

Ada lagi satu fevret cik Yana. Coklat (gula-gula) 4 segi yang panjang tu, 20sen satu. Tapi tak jumpa carik gambar dia. Nama pun dah lupa. Tapi sampai sekarang cik Yana carik lagi yang tu sebab best. Nak-nak yang perisa anggur tu. Hehehe~

Agak-agak budak-budak zaman sekarang layan tak lagi benda-benda camni? Tak de kot. Ada yang memang susah nak dapat dah sekarang sebab budak-budak tak carik dah benda-benda ni. Dorang carik McD je tiap-tiap hari. Makanan ringan semua nak yang mahal. Hahaha~

Mekasih lagi sekali untuk Nuffnang sebab bagi Buffered Earning ke-4 hari ni dari Taylor University. Korang yang nak sambung belajar tapi macam tak dapat je IPTA boleh pergi dorang punya Open Day pada 19-20 Mac ni :)