Saturday, July 23, 2011

Perlahan-lahan bersara dari dunia belog :)

Makin lama makin tak tahu dah nak update apa. Tambah-tambah sekarang baru dapat job baru, jadi dah tak de masa nak mengadap laptop 24 jam bukak belog, tapi masa banyak habis dengan menanda kertas test students dan study untuk kelas esok, lusa, tulat tu semua. Tak pasal-pasal rasa macam jadi students balik.


Sekarang baru rasa sendiri macamana dulu-dulu cikgu atau lecturer selalu membebel kalau tulis jawapan tak ikut susunan betul-betul masa jawab exam, kenapa dorang mengamuk kalau tulisan macam cakar ayam sampai susah nak baca jawapan. Jawapan betul pun, tapi susah sangat nak baca terus bagi 0. Semua dah alami walaupun baru 3 minggu kat sini. Nak kawal kuliah, lebih-lebih lagi kalau kuliah tu ramai students, memang cuak abis la. Takut salah ajar. Hahaha~ tapi semua tu pengalaman :)

Pastu tiba-tiba rasa macam nak delete belog sebab malu kalau student tahu ada belog. Hahaha~ Entah pape mengarut dalam belog ni. Tapi sebabkan sayangkan belog, tak jadi delete. Cuma kurangkan aktiviti mengupdate je, tak de masa nak celah bukak belog :( Belog jangan sedih ye :)

Abang Nuffnang pun dah malas singgah kat belog ni. Tak pe la abang Nuffnang. Dulunya kita mengharap kat abang Nuffnang sebab tak de pendapatan tetap. Tapi sekarang dah ada, tak pe la abang Nuffnang tak nak amek kesah pun :P

Oh ya, rakan ofis cik Yana ada jual kain sulam pasang lawa-lawa untuk dijadikan baju raya. Meh la usha kat sini. Mesti ada yang berkenan. Harga pun berpatutan :)



Sunday, July 3, 2011

Disebalik kekecewaan, wujud berlemon-lemon kegembiraan :)

Tajuk tak leh blah, macam putus cinta gila-gila. Memang pun :P


Amek kau, curik kat facebook Tomok. Hahaha~
Dah la pakai warna fevret, tak pe-tak pe.

Tapi kecewa tak berlarutan.
Cik Yana dan kawan-kawan lawan cheers pada hari tersebut.
Bukan lawan cheers untuk majlis perkahwinan Tomok, tapi lawan cheers untuk kursus yang cik Yana tengah join.
And guess what?
We are in the top three and we are going to present our cheers in front of the top managements people on our graduation days!
Unbelievable! It is! But it's happen though.
Cheers tu kitorang finalize last minute punya, dengan formation berterabur tapi pengadil pertandingan tu suka dengan gaya free style cheers kitorang.
Congratulations to all La Quattro's members :)

This is our cheers' video. If you smart enough, guess which one is me. Hahaha~

The La Quattro's girls before the semi-final presentation for our cheers. Macam gambar AF pulak tengok :) Yang baju purple paling tepi tu blogger jugak. Cik Ika namanya :)

Dan lagi satu kegembiraan. Sumbat semua dalam satu entry :P
Cik Yana tersenarai dalam top 20 untuk pertandingan Mix & Match dari MissLily Shop!!!
Sukenyeeeee!!!!
Thanx kepada semua kawan-kawan yang sudi vote cik Yana pada entry kontest ni :)
Hopefully, I will be in the top 3, but top 20 is actually enough for me cause the prize is already mine :P
Keputusan top 3 akan diumumkan minggu depan. Yeay! :)

Dan lagi satu!
Congratulations to Makbed for having a new baby boy.
Adik Najwan namanya. Hehehe~
Sori Makbed lama tak mendengar khabar dari manusia-manusia di alam maya ni :)
Nak tengok gambar baby Najwan cute, boleh pergi kat belog Makbed.

Kepada abang Nuffnang, cik Yana tahu awak merajuk sebab trafik belog cik Yana jatuh merundum.
Semua BE dah tak de dah.
Takpe, nanti dah abes kursus, cik Yana pujuk awak balik ye :)

Itu saja untuk update kali ni.
Bila lagi nak update pun tak tahu :)