Thursday, October 27, 2011

Berjimba di Ice Room :)


Ini semua pak guard punya pasal. Bukan main lagi cik Yana dengan housie, cik Enny bangun awal-awal kononnya nak berjoging pastu main badminton dengan niat ingin memecah lemak yang mula berkumpul. Malas sangat bersenam. Dah siap pakai kasut semua, bukak pintu rumah nak ke pagar grill depan rumah tengok-tengok tersergam indah mangga pintu pak guard tak bukak lagi.

PAK GUARDDDDDD!!!!!

Sudahannya jogging entah ke mana tapi boleh main badminton je depan rumah sebab pak guard datang masa pagi dah agak panas, dah tak best nak joging da. Abes main badminton, rasa geram lagi terus buat plan pergi berjimba kat Ice Room kat Prima Sri Gombak. Kak Enny dah 2x makan eksrem kat sane tapi cik Yana tak pernah lagi. Gaji pun dah masuk semalam, so apa lagi? Ice room, here we come :)

Tapi sebelum pergi tu, kitorang survey dulu dengan baca blog-blog orang tengok menu apa yang best kat sane. Sampai sana senang sikit nak decide :)

Ok fine, sampai sana tetap rambang mata tengok menu dia. Dah la murah, macam nak je semua tu!

Last sekali pilih Tropica Mix (RM 9.90) ni. Rasa berbelah bagi nak yang ni ke dengan yang blueberry. Pilih yang warna-warni je ASCII Smiley

Yang ni kak Enny punya, Manggo Pomelo (RM 7.90). Cik Yana tak amek yang ni sebab dia tak warna-warni. Hehe~

Teruja nak makan tapi kena tunggu semua makanan yang di-order sampai dulu. Sedapnya!!!


Ini yang cik Yana pesan jugak. Nama dia Hot and Spicy Noodle Soup (RM 7.90). Nampak macam megi, tapi sumpah sedap.

Ini yang kak Enny pesan. Spaghetti with Chicken Black Pepper (RM 10.90). Yang ni ayam dengan sos lada hitam dia memang walllahhh~ sedap beb!

Selain dari tu, kitorang jugak pesan satu desert, kongsi berdua. Hehe~

Durian Tempura (RM 5.50 per pc). Yang ni memang gila-gila sedap. Dia macam eksrem goreng tapi kat dalam dia durian. Tapi durian dia bukan durian yang kadang-kadang setengah orang tak nak makan sebab takut berbau mulut. Yang ni tak. Lembut gila isi durian tu.

Oh lupa. Ni la kak Enny (dia suruh letak jugak gambar dia kat belog ni. Haha~)

Sebabkan puas hati dengan makanan yang dipesan dan tak nak membazir, kitorang habiskan semua. Licin! Haha~

Secara keseluruhan, cik Yana bagi 4.5/5 untuk Ice Room. Lagi 0.5 cik Yana simpan. Haha~ Berbaloi pergi makan kat situ. Kitorang makan pun sampai tak larat nak bangun sebab kenyang sangat. Lain kali nak pergi lagi tapi nak makan eskrem je :)

Dalam tak larat dah kenyang, sempat lagi tapau egg tart KFC. Ni untuk sahur nak ganti puasa.
Sape cakap egg tart ni tak sedap, memang bukan orang planet bumi la. Haha~

For more information on Ice Room, their menu, location and etc, visit their:


Till then, byeyom ASCII Emoticon

Sunday, October 23, 2011

RM1 pun dah cukup bermakna kepada mereka :)


Nuffnang dengan ChurpChurp cakap:

"Siapa yang tak bagi sumbangan paling kurang pun RM1, semua earning korang akan ditarik."

Cuak tak? Hahaha~ agak-agak kalau dorang keluarkan statement camtu, semua pergi buat sumbangan. Tapi dah nama pun sumbangan, perlu lah seikhlas setulus sesuci murni dari hati :)


Kepada mereka yang jarang bukak website Nuffnang atau ChurpChurp *macam menipu je blogger tak check benda ni setiap kali online*, dorang sekarang tengah menjalankan satu kempen bersama untuk membantu Rumah Aman dimana kempen tu dinamakan TLC Promise Me Season 2. Kenapa season 2? Sebab tahun sebelum ni dorang dah menjayakan kempen ni dengan bantuan anda semua warga Nuffnangers dan Churpers:)

Rumah Aman tu ape?


Rumah Aman tu merupakan rumah kebajikan berlokasi di Shah Alam yang menempatkan kanak-kanak lelaki yang berasal dari keluarga yang susah dan jugak yang tiada ibu bapa. Tujuan utama kempen TLC Promise Me Season 2 ini adalah untuk mengumpulkan sumbangan dan membantu menaiktaraf sistem elektrik dan pemutus kilat yang dah berusia 15 tahun kat rumah tu.

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan paling kurang pun RM1 je, especially Nuffnangers dan Churpers sekalian, korang boleh login ke akaun Nuffnang dan ChurpChurp masing-masing dan proceed dengan sumbangan korang :)



Dalam borang tu, pastikan nama dan email yang dipaparkan tu betul. Lepas tu pilih jumlah sumbangan yang korang nak bagi. Paling minimum pun RM1 and then, tekan submit. Siap! Anda dah berjaya membantu kanak-kanak Rumah Aman :)


Bagi churpers pulak, selain memberi sumbangan berbentuk wang tunai dari earning ChurpChurp korang macam Nuffnang, korang jugak boleh beli plushies comel yang berharga RM25 setiap satu dan hasil jualan plushies tersebut akan disumbangkan kepada Rumah Aman :)


Korang cuma perlu isi borang yang disediakan kat sini sekiranya korang nak beli plushies dan membuat sumbangan. Tak nak beli tapi nak buat sumbangan saja pun boleh. Minimum amount sama je macam Nuffnang, RM1 :)

*nak beli plushies comel tak cukup earning. Muahaha~*

Tapi kalau earning dari Nuffnang dan ChurpChurp tak sampai pun RM1, macamana nak buat sumbangan? Jangan bimbang, ada lagi cara lain untuk korang yang betul-betul nak bagi sumbangan. Caranya adalah:





Maklumat lanjut untuk program sumbangan ni boleh lawati website Nuffnang dan ChurpChurp. *kempen berakhir pada 30 Oktober 2011*

Apa tunggu lagi? Sama-sama lah kita membantu mereka yang kurang bernasib baik. Kurang earning takpe, asalkan bertambah pahala di akhirat kelak :)

Till then, byeyom :)


Friday, October 21, 2011

Pencarian telinga arnab akhirnya berakhir :)


Setelah dekat sebulan cari telinga arnab ni, akhirnya hati ni puas bila dah dapat. Apa yang susah sangat nak carik casing untuk model Nokia. Tahu la duit tak banyak nak pakai Iphone. Casing lawa-lawa semua untuk Iphone. Hampeh tol! Siap buat iklan kat belog supaya mana-mana blogger yang ternampak kat mana-mana kedai boleh informkan kat cik Yana :)

*puas hati!*

Dulu dah jumpa da, kat Midvalley. Tapi tak de untuk model yang cik Yana pakai, ada yang Nokia ape ntah. Amoi tu cakap casing model tu pun boleh pakai. Aiyooo~ memang la boleh pakai tapi sah-sah la lubang button dia tak same. Lubang untuk camera pun tak sama =.= Tapi sayang tak de warna purple. Tiba-tiba jadi ber-pinky pulak =.="

Till then, byeyom :)

Sunday, October 16, 2011

Dorang memang mati berjemaah atau kena bunuh?


Pelik tapi benar. Kenapa dorang semua ni mati masih lagi menjadi tanda tanya sampailah masa cik Yana taip entry sampailah masa entry ni publish. Macamana dorang ni boleh mati berjemaah camni?

Kat dapur rumah sewa:


Seterusnya berlarutan ke bilik air:


Peliknya. Rasanya tak de buat pape pun kat rumah semalam. Tapi ada beberapa kemungkinan kenapa dorang boleh mati berjemaah camni:

1) Semalam seharian cik Yana duk pasang lagu BEAST. Dorang naik muntah kot duk dengar lagu tu banyak kali semalam sampai bergelimpangan mati. Sampai camtu sekali kena seksa. Ish! Ish! Ish!


*Nasib baik kau cute+handsome+tinggi Woonie, kalau tak, tak de maknanye nak layan lagu kumpulan tu*

2) Kebiasaannya kalau duk sorang-sorang, cik Yana akan sembur protection kat celah-celah dinding supaya semua serangga yang cik Yana takut tak kan ganggu cik Yana time semua housie balik kampung.

Tapi benda ni rasanya buat lipas takut je, tak mati pun sebab haritu dah sembur betul-betul atas dia. Dia pecut lari je pun sambil gelak terkekeh sebab ada manusia takut kat dia. Hahaha~ Takpe-takpe.

3) Ataupun ada evil cockroaches yang melancarkan perang kat dapur dan toilet. Dorang perang-perang, jadi yang mati bergelimpangan tu semua askar yang terkorban dalam pertempuran tu.

*biar aku sorang je kacau budak yang takut lipas tu, korang semua aku bunuh! Muahaha~*

Meremang bulu roma taip entry ni. Kenapa lah makhluk lipas ni mengerikan sangat. Sebab kenapa dorang mati masih lagi tak dapat dikenalpasti. Eksperimen akan bersambung minggu depan bila semua housie balik kampung. Hahaha~

Till then, byeyom :)

Saturday, October 15, 2011

Padah beli barang murah!


p/s: Ni bukan kisah tragik yang mengakibatkan kehilangan nyawa :)

Dulu-dulu cik Yana selalu membebel dan tak berapa suka bila abah beli barang yang mahal sedangkan ada barang yang sama mungkin jenama je yang lain yang jauh lebih murah. Tapi abah cakap: Biarlah duit kita habis sikit bila beli barang yang mahal, asalkan barang tu tahan lama dan tak cepat rosak.

Tapi anak dia yang sorang ni tak pernah nak dengar nasihat tu. Dua hari lepas, cik Yana dan housie cik Yana pergi beli raket badminton kononnya kitorang nak exercise malam-malam sebab normalnya bila dah start bekerja ni, mesti akan kurang bersenam. Sebab tu lah biasanya perempuan kalau dia da start kerja, lebih-lebih lagi kerja ofis, sebulan dua lepas tu mesti dia jadi makin 'comel'. Mana tak nya, kerja dia duduk je dalam ofis, berjalan pun masa keluar lunch je kot. Betul tak?

Sambung balik cerita beli badminton tadi. Disebabkan nak jimat punye pasal, kitorang pergi beli badminton kat kedai acik (suke ati je bagi nama kedai) yang kat belakang ofis kitorang. Carik raket paling murah sekali, 2 batang raket RM5. Dengan konfidennya lepas test, kitorang yakin raket tu boleh tahan berbulan-bulan.

Malam pertama, kitorang lawan badminton kat taman permainan dekat dengan rumah kitorang. Bulu tangkis pun kitorang rembat yang RM3 10biji. Semua benda jimat. Hahaha~ pukul punya pukul bulu tangkis tu, semua duk merungut asyik melayang tempat lain je bulu tangkis tu. Mana taknya, bulu tangkis ringan gila. Yang murah kan. Hahaha~

Malam kedua, kitorang lawan badminton depan rumah je. Dah taknak main dekat taman permainan tu da sebab kat sana ramai sangat lelaki-lelaki muda duk lalu lalang, so bahaya la sikit. Apa yang best main depan rumah, ada penangkap bulu tangkis tak berbayar. Hahaha~ Tengah syok duk main, tiba-tiba ada 2 ekor kucing comel join sekali jadi penangkap bulu tangkis tu bila jatuh. Setia je dia tunggu bila la nak jatuh bulu tangkis tu.

*Dah la comel, bulu tangkis tu dah masuk longkang. Kite amek yang baru je :)*

*kalau yang kat atas tu pengutip bulu tangkis, yang ni penangkap bulu tangkis. Pantang tol nampak bulu tangkis tu hampir ke bawah, sibuk je nak kejar sekali tangkap bulu tangkis tu*

Tak sampai setengah jam, terasa servis pukulan makin tak kuat. Cam pelik je rasa macam dah pukul sekuat tenaga. Rupa-rupanya, amek kau! Dia punya tali ke ape orang panggil, dah PUTUS! Nak cakap bagi pukulan kencang sehebat Lee Chong Wei tak de pun. Asyik duk main kutip bulu tangkis je. Dah tak de lagi raket badminton RM5 yang boleh bertahan berbulan-bulan. Tahan 2 hari je.

*tamatlah riwayat raket murah*

Jadi untuk teruskan niat bersenam, terpaksa lah tunggu gaji hujung bulan ni baru boleh beli raket baru yang mahal sikit. Nak balik amek kat Terengganu, lambat lagi nak balik raya haji.

Moral of the story: Jangan takut dan kedekut nak beli barang mahal supaya nanti boleh tahan lama, tak payah nak beli lagi sebab kena ganti bila dah rosak :)

Till then, byeyom :)




Wednesday, October 12, 2011

Tak de Wordless Wednesday. Nak kena taip jugak :P


Bila ari Rabu je mesti banyak belog buat entry wordless Wednesday. Konon nak ikut jugak tapi tak boleh. Bila buat entry mesti nak kena taip jugak :)

*boleh tahan sampai petang ni :)*

Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, hingga kita terduduk dan menangis, peritnya terasa tetapi ketahuilah dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar. Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, tanpa berteman, biarlah malam, tanpa sinar rembulan, biarlah tidur, tanpa dihiasi mimpi indah, tapi, jangan biarkan hatimu sunyi, tanpa sepotong ayat, ayat suci AL-QURAN

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

*tabahkan keluargaku dalam menghadapi ujianMu*

Till then, byeyom :)

Swipe the new Nokia :)


Memperkenalkan ahli baru keluarga Nokia, Nokia N9. Kebiasaannya kalau pasal handphone ada 2 benda je yang cik Yana akan tengok, 1st kamera dia, 2nd dia punye design. Perempuan memang tak pandai observe lebih-lebih benda berteknologi ni. Hahaha~

Swipe style yang smart gile. Nokia N9 ni tak de home atau back key, semua benda swipe je kat screen tu. Pastu kalau hanged, nasib la. Hehehe~ Lepas tu dia punya design cam smart simple tak complicated, cantik, nipis, ringan. Ah, semua la. Senang cite sedap mata memandang :)

Nokia N9 smartphone: move from app to app with a swipe
*ok, memang menawan kalbu*

Nokia N9
Kamera 8MP dengan optik Carl Zeiss. Puas hati kot tangkap gambar. Tapi kalau pakai N8 lagi puas hati sebab kamera dia 12MP. So, dia kalah la dengan N8. Hahaha~

Untuk next specifications N9 boleh cek dekat website N9. And thanx for Nuffnang sebab jadikan iklan Nokia N9 ni sebagai sponsor belog cik Yana. Hehehe~


Oh ya, siapa pernah jumpa silicon case rabito untuk Nokia N8 macam gambar kat atas ni? Siapa pernah nampak kat mana-mana kedai area kL, inform cik Yana ye. Tak pun tolong belikan nanti cik Yana bayar balik. Geram gila tengok :)

Till then, byeyom :)


Monday, October 10, 2011

Keluarga baru cik Yana. Dah maju da :)


Yang ni keluarga lama. Uwaa~ Rindu kat dorang semua. Tapi semua dah berkerjaya dan ada yang sambung master. Susah sangat nak lepak sama-sama. Kalau lepak, mesti tak cukup ahli. Hoping to see you guys soon. Miss you guys damn much!

*macam kepala besar je. Hahaha~ Yang ni cuma ada 3 member je. Yang lain tak dapat turun kL :(*

But lately, I got some new family that will cheering up my life. Walaupun kadang-kadang hujung minggu asyik kena tinggal sorang-sorang je kat rumah sewa sebab yang lain semua balik kampung. Untunglah kampung dekat, kite nak balik kampung pun kena amek masa 7jam. Itu baru dinamakan kampung. Hahaha~

Housemate baru yaw! Miss Aini dengan Miss Ila. Macam kau pulak yang dah duduk lama kat rumah tu. Salah! Cik Yana yang housemate baru dorang. Hehehe~ Housemate baru merangkap adik paling muda. Hahaha~ Ini keluarga kat rumah sewa :)

Ofismate baru yaw! Salah lagi. Cik Yana ofismate baru dorang. Jugak merangkap adik paling muda. Hahaha~ Kakak-kakak ni semua lecturer math. Kitorang satu department, so ini keluarga department :) (kantoi la kalau ade student baca belog cik Yana. Hahaha~)

Last but not least :)

*Macam nak carik gaduh je. Tapi comel kan?*

Till then. Byeyom~ :)

Sunday, October 9, 2011

Macam-macam Ragam Jawab Exam :)


Kali ni 1st time cik Yana jaga final exam student kolej cik Yana. Seriously, mengantuk memang mengantuk sebab cik Yana kena jaga semua paper yang 3jam punye. Tapi kadang-kadang hilang mengantuk tengok ragam budak-budak ni. Ceh, ko dulu pun camtu jugak! :)

*oh lupa! thanks abang Nuffnang sebab bagi BE baru untuk Nokia N9*


Lupa bawak slip exam

Sama ada terlampau excited nak jawab exam sampai lupe nak bawak slip exam. Tak pun sebab cuak sangat nak exam sampai bawak diri je masuk exam. Cik Yana pun pernah jugak dulu lupa bawak slip exam. Tapi sempat teringat masa nak naik bas gi dewan exam, terus berlari pergi ambik kat bilik. Lepas dari kejadian tu, slip exam memang dilipat rapi-rapi sekecik yang mungkin lalu disumbat kat celah kad matrik yang gantung kat leher tu. Sah-sah tak tertinggal lagi. Tapi kalau terlupa pakai kad matrik, memang nasib la dua benda tertinggal, kad matrik dengan slip exam. Hahaha~

Termenung jawab exam

Kebiasannya ada 2 kemungkinan kenapa orang termenung masa jawab exam (mengikut pengalaman diri sendiri). Pertama, tengah carik idea. Kadang-kadang kita kena berfikir dalam-dalam supaya benda yang kita hafal malam tu kita ingat balik. Sebab tu pengawas periksa tu ingat kite termenung jauh. Memang jauh betul, jauh nak carik jawapan. Kedua, sebab tak tahu jawapan dia. Yang ni memang sah kena termenung sebab tak tahu nak tulis apa. Tenung lama-lama muka setiap pengawas peperiksaan kononnya nanti keluar cahaya petunjuk jawapan dari muka pengawas tu, tak pun buat muka kesian kononnya nanti pengawas tu akan tolong bagi jawapan. Tapi nasib lah kalau dengan cik Yana, cik Yana jaga exam yang bukan subjek math, memang sah-sah lah tak leh nak tolong :)

Gelisah semacam tengah exam

Bila tanya kenapa cam tak leh duduk diam, nak gi tandas ke? Dia cakap tak nak. Duk pandang kiri kanan, budak ni dah kenapa da. Dah la tadi pintu tandas tu duk main bukak tutup sendiri. Tiba-tiba ada member dia angkat tangan cakap nak hantar kertas jawapan, dah siap jawab da, malas tunggu lama-lama, nak keluar. Baru la budak tadi hilang gelisah pastu angkat tangan jugak. Ooo~ baru faham, dia tunggu orang lain mulakan langkah keluar awal dulu baru dia follow. Dia tak nak jadi orang 1st keluar. Ooo, macam tu.

Soalan cepumas untuk pengawas exam

Soalan yang biasa ditanya oleh budak-budak ni, "Miss, jawapan nak kena tulis dalam answer booklet ni ke?" Dalam hati kate, "Dah namanya answer booklet, untuk tulis jawapan la, muat ke nak tulis dalam kertas soalan?" Tapi nak tenangkan hati, ukirkan senyuman sambil jawab, "Ye sayang, jawapan semua tulis dalam answer booklet tu. SEMUA". Next question, "Miss, jadual nak kena buat pakai pembaris ke?" T.T Nak je jawab, "tak la, pakai liquid paper". Budak oo budak.

Kejadian dasyat dalam dewan exam

Kejadian budak kena tangkap meniru nota tu lumrah biasa dah kot. Tapi kejadian lagi dasyat berlaku pagi tadi masa cik Yana jaga exam. Tengah rasa cam ngantuk je duduk kat depan tu, bangun lah nak pergi ronda sampai belakang. Sampai kat tengah-tengah dewan, sambil jalan sambil intai jawapan budak-budak, macam la kau tahu subjek tu, tiba-tiba "Hasyyyyummmmm!" Kuat gile sape ntah bersin. Siap ada yang melatah, pen jatuh, kalkulator terpelanting sebab terkejut. Cik Yana pun jadi blur sekejap kat tengah tu sebab terkejut, tak bergerak sekejap. Hahaha~ Tapi yang misterinya, tak tahu budak mana yang bersin. Rasa macam dekat area cik Yana jalan tu, tapi tengok cam semua budak terkejut, ke yang bersin tu buat-buat terkejut jugak. Cover-cover. Hahaha~


So, tak kesah la dorang jawab camane pun, apa sekali pun yang berlaku dalam exam hall tu. Harap-harap semua student lulus. Tak payah la nak rajin bagai repeat paper. Tak syok la nanti tak leh satu kelas dengan member-member kalau kena repeat paper kan? Pastu mind set mesti dah lain sebab kena masuk kelas budak-budak junior. Rajin usaha, ade lah hasilnya nanti (chewah, siap ada kata-kata hikmah, tak tahan).

Ok la, nak sambung tengok cite Secret Garden, orang lain dah lama tengok, kau baru nak tengok. Kawan ofis cakap best cite ni. Tapi kenapa cik Yana tengok sampai boleh terlelap, slow sangat eh jalan cite die. Hahaha~ Till then, byeyom~ :)