Alhamdulillah, dah selamat habiskan ujian CAC untuk jawatan Penguasa Kastam Gred W41 kat Perumahan Ayer Keroh, Melaka hujung minggu ari tu. Tak sangka sangat-sangat terpilih untuk pergi ujian tu sebab masa jawab ujian bertulis tu, macam memang tak sedia sangat pun. Dengan pengetahuan tentang kastam, punyalah sikit masa jawab ujian tu. Berapa peratus cukai itu ini pun tak ingat. Bila dapat tahu dapat pergi ke ujian CAC ni, rasa cam nak menjerit je sebab tak percaya.
By the way, pengalaman pergi ujian ni SANGAT SANGAT SANGAT BEST! Bila sebut ujian CAC je mesti orang akan stress sebab ujian ni membabitkan ujian fizikal dan mental kita. Pendek kata, ujian ni nak uji tahap kesediaan fizikal dan mental kita untuk pegang jawatan Penguasa Kastam.
Seminggu sebelum pergi ujian, cik Yana memang buat research dengan bantuan encik Google. Bukan research apa pun, research baca pengalaman orang yang pergi buat ujian tu yang sebelum ni. Tambah lagi, ujian ni ada banyak sesi untuk setiap negeri. Nasib dapat yang kat Melaka, tak de la jauh sangat nak ulang-alik dari KL. Masa dapat tahu kena pergi stage kedua ni, memang rasa nak pergi sorang je, tak nak abah hantarkan sebab sehari sebelum tu abah nak kena uruskan rawatan adik cik Yana. Jadi, taknak la susahkan abah ulang alik dari Kelantan ke Terengganu, hantar adik tu balik pastu pergi KL ambil cik Yana pastu hantar pergi Melaka pulak. Dah besar kan, kena la berdikari ^__^
Dalam jadual program yang disertakan sekali dalam surat tu cakap 8 sampai 9 pagi pendaftaran calon. Ha sudah, pukul 8 dah nak kena ada kat Ayer Keroh. Sah-sah pukul 6 camtu dah nak kena bertolak dari KL. Cek jadual bas, memang sah tak de bas ke Melaka seawal tu. Nak bawak kereta cam tak berani kot sorang diri seawal pagi tu. Last-last amek keputusan cuti hari Jumaat, tengahari bertolak ke Melaka dan bermalam satu malam kat sana sorang-sorang. Berdikari punya pasal kan? Cerita pengalaman bermalam tu tak payah tulis la kot sebab sepanjang hari tu memang duk dalam bilik hotel je, tak berani keluar.
Pagi esokkannya, pukul 7 pagi dah bertolak ke Perumahan Kastam Ayer Keroh. Abah cakap, kita kena tunjukkan first impression yang baik kepada penilai-penilai kat sana. Datang awal, pakai kemas-kemas. Memang awal gila anak dia datang, tak de sorang pun lagi masa sampai tu. Pukul 7.15, 7.30 pagi baru nampak makin ramai calon yang datang. Berdebar jugak sebab tengok semua macam berpengalaman, badan tegap-tegap. Pendek kata, memang sesuai jadi Penguasa Kastam.
Pukul 8 dorang panggil masuk ke dewan. Kat sana, semua calon diberi bib dengan nombor masing-masing. Jadi sepanjang program tu, semua calon dikenali dengan nombor je. Ingat lagi, ada fasilitator cik Yana cakap, kalau kenal nama kena potong markah, kena panggil nombor je. Hehe~ Lepas da dapat bib, serahkan semua borang yang dia suruh isi dan salinan yang dia mintak. Dah serah semua dokumen tu, pergi amek gambar dengan bib tu. Latarbelakang gambar tu ada pembaris ukur ketinggian, alaa yang macam gambar banduan penjara tu, tapi yang bezanya, kitorang amek gambar dengan senyuman dan bib yang 'cool'. Dah siap amek gambar, pergi ke meja urusan penginapan, dah dapat nombor rumah, terus pergi buat ujian urine.
Bila dah selesai urusan kat dewan tu, cik Yana gerak ke rumah penginapan tapi tak masuk rumah lagi. Kena pergi buat ujian fizikal pulak. Oh ya, cik Yana pergi sana tu dengan sorang kawan yang cik Yana baru kenal kat situ, cik Hajar nama dia :) Untuk ujian fizikal, calon lelaki akan diperiksa oleh pegawai lelaki. Yang perempuan, pegawai perempuan yang periksa. Ujian tu dorang buat dalam satu rumah. Masuk je dia suruh bukak tudung dan lepaskan rambut. Mungkin dia nak tengok kita bertindik lebih dari satu ke tak. Lepas tu timbang berat, tinggi, periksa tahap rabun dan rabun warna. Setiap fizikal kita dia memang cek nak tengok tangan bengkok ke tak, kaki lurus ke tak, pernah kemalangan ke. Pendek kata, asal nama badan beruniform, memang kena perfect anggota fizikal.
Dah siap ujian fizikal, ada sarapan pagi. Memang dari tadi duk tahan lapar sebab tak makan pape. Then, masuk rumah, sesi berkenalan dengan housemates. Seronok sangat dapat kawan baru dan dorang semua memang gila-gila. Hilang sekejap rasa gemuruh untuk ujian kecergasan fizikal lepas lunch nanti.
Lepas je lunch, solat zohor, kitorang dibawa ke AKMAL Melaka untuk ujian kecergasan fizikal. Rasa bangga pulak naik bas Kastam. Hehe~ Sampai sana, hujan turun dengan lebatnya. Dalam hati cakap, yes! kalau hujan camni tak kan dorang nak suruh lari keliling stadium ni jugak. Tapi takde maknanya Yana, kalau hujan, mesti dah ada aktiviti kecergasan lain yang dorang akan ganti. Entah-entah lagi seksa dari berlari 2.4km tu. Elok-elok je bila semua peralatan, fasilitator dah ada, hujan tu berhenti. Lepas buat senaman aerobik untuk regangkan badan, bermula la ujian kecergasan fizikal. Dimulakan dengan bangkit tubi, lepas tu lari ulang alik, lompat jauh dan yang paling last dan memenatkan larian 2.4km. Lepas da tamat larian tu, memang tak rasa berpijak di dunia yang nyata. Tangan menggigil, bulu roma tegak berdiri, tekak kering, berpeluh-peluh sebab elok-elok lepas hujan tu matahari terik. Habis ujian kecergasan fizikal, kitorang proceed dengan aktiviti dalam kumpulan lebih kurang dalam satu jam camtu. Aktiviti ni nak uji sama ada kita ni boleh bercakap dan bertukar pendapat dengan orang lain atau tak. Habis je aktiviti tu, kitorang semua bertolak pulang ke rumah penginapan dan makan malam puas-puas sebab nak dapatkan balik tenaga yang da dibuang kat AKMAL tadi ^^
*track sebelah sini...*
*tambah dengan track sebelah sini... Bukan lari 1 round, tapi 7 round di bawah panas matahari*
Malamnya pulak, ujian psikologi. Oh soalan, tak nak la cakap soalan dia camane. Memang psiko. Tapi boleh pulak lupa bawak surat panggilan untuk ujian tu. Dah kena patah balik amek surat tu. Nasib baik dekat je ^^ Lepas je ujian tu, kitorang balik tidur memang tak ingat dunia. Letih disebabkan ujian kecergasan fizikal dengan ujian psikologi. Dah tak ingat dah nak carik isi untuk 'public speaking' pagi esok. Kononnya nak bangun awal esok pagi untuk buat preparation untuk sesi tu.
Pagi hari kedua, aktiviti mula-mula sekali kajian kes. Mencabar jugak sebab nak tengok idea korang mantap tak nak selesaikan permasalahan yang dorang bagi. Dan jugak nak tengok kerjasama antara kumpulan. Yang ni pun groupwork sama dengan ahli-ahli group untuk aktiviti petang semalam. Nasib baik dorang ok, tak de yang nak monopoli semuanya ^__^
*ni la kumpulan 10, kumpulan cik Yana*
Habis je aktiviti pertama pagi tu, kitorang rehat minum pagi. Tapi memang minum sambil tahan rasa cuak sebab lepas tu ada public speaking. Tajuk yang cik Yana dapat dah ok da sebab memang dalam bidang cik Yana cuma yang cuaknya, nak kena nilai dengan pegawai kastam. Itu yang jadi sakit perut la, nak muntah la, nak pengsan la. Alhamdulillah, walaupun giliran cik Yana yang paling last untuk buat public speaking dalam kumpulan tu, cik Yana dapat jugak habiskan semuanya walaupun rasa cam 'apa yang aku duk mengarut kat depan tu'. Hehe~ At least, dah buat sehabis mungkin.
Aktiviti terakhir hari tu, pemulangan bib para peserta dan borang tandatangan kehadiran setiap aktiviti. Cik Yana dan housie memang sayang gila nak pulangkan bib tu sebab nampak cam stylo je pakai dari mula aktiviti pakai dengan tracksuit sampai ke akhir aktiviti pakai bib dengan baju kurung. Terasa cam nak main bola jaring dengan baju kurung ^^
Selesai semua penyerahan, maka berakhir la program 1 hari setengah untuk Ujian Kompetensi Penguasa Kastam. Sedih jugak kena berpisah dengan kawan-kawan sebab tak sangka dalam masa tak sampai 2 hari kitorang boleh rapat gila dan bergelak ketawa untuk hilangkan stress dan cuak. Cik Yana doakan, semua calon yang menghadirkan diri ke ujian penilaian ni berjaya ke peringkat temuduga pulak. Aminn~
Letak gambar pulak 2, 3 keping :)
*mereka ni la housie cik Yana yang sempoi. 28 (cik Hanim), 92 (cik Atika), 176 (cik Hajar). Miss you guys!*
*cik Hajar, orang first cik Yana kenal kat program tu. Baru perasan, muka dia ade iras dengan member cik Yana masa sekolah menengah dulu*
*Antara pegawai-pegawai Kastam yang terlibat sebagai fasilitator kitorang. Dorang memang sempoi! Sebab tu cik Yana kata program ni seronok*
Pesanan cik Yana kepada calon yang akan jalankan ujian kompetensi ni:
Itu je la kot yang boleh cik Yana kongsi. Kalau ada rezeki dapat pergi ke temuduga, alhamdulillah. Kalau tak de, cik Yana akan jadikan ini sebagai pengalaman yang paling best dalam hidup cik Yana.
Till then, byeyom ^__^
Ada bestfriend yang sempoi? Jom ajak dia sertai kontest terbaru dari CLEAN & CLEAR Top Best Friend. Untung-untung boleh jadi model untuk CLEAN & CLEAR untuk tahun 2012 :)













15 komen blogger :):
fulamak. kalau iqa mmg tak larat la ujian2 mcm ni. huhu. stamina low giler :P
Gudlak utk post W41 tue
acara ape iku ka ?
Bila result akan keluar?
salam yana....
i am new here...hmm...after bace blog yana nie, rasenye kita join ujian cac pada masa yg same...saya pun ada sertai ujian cac kastam tue,,.sy cm kenal je muke2 dlm gambar tue....hmmmm....dari sume akt yana tue gak, memg rasenye same la timing kita g tue kott.....
mantap nie acra apa ,,,,,,,,
yang cewek nya cantik cantik nie gan,,,,,
sama CAC dgn awak.....sy group dgn kawan awak anim dlm pic...ade intview kan this months...i sabtu nie...awak?
@En AL
Saya punye ari Ahad ni kat kL. Goodluck untuk interview tu :)
study ape? heheheh
Good Luck gak...:)
Gud Luck...cmna intebiu hr tu?? agak2 bila kuar result...
p/s : slamat berpuasa
Result da kuar..huhu sedih..sy tak dapat..
Blogwalking dihari minggu...singgah blog akk ya..
Tak malu segan je...singgah blog akak ya... :-)
slam yana, dapt x interbiu pas tu?
semangat..maju terus pantang mundur
Post a Comment