Semalam merupakan hari pertama ber-juvanex selepas merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan badan ni sebab jarang ke tandas. Haha~ selepas puas menceritakan masalah sambil menangis-nangis *nampak sangat menipu* dekat ahli farmasi, maka disyorkan menggunakan Juvanex untuk buang semua toksin dalam badan dan melawaskan sistem penghadaman.
Macam biasa, setiap hujung minggu Sabtu dengan Ahad mesti pergi jogging. Nak harap duk keje camni, memang tak aktif langsung sebab asyik duduk je dalam ofis. Menurut penerangan ahli farmasi dan jugak buku panduan kat dalam pakej Juvanex tu, pagi disarankan sarapan macam biasa, tengahari ambil Juvanex untuk gantikan makanan tengahari pastu malam minum Juvanex sebelum makan dan hidangan dia disarankan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Tak de pantang larang untuk makan apa-apa pun sepanjang 7hari minum Juvanex cuma lebih baik lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk melancarkan proses menyahtoksing badan. Dan yang paling penting, minum lebih dari 8 gelas air sehari. Juga diingatkan Juvanex bukan program atau ubat kuruskan badan. Haha~ Kalau nak kurus, tak payah nak ambil ubat kurus bagai. Pergi exercise baru kurus. Selagi badan tak aktif, selagi tu lemak berkumpul *terasa kat diri sendiri yang dah jarang bersenam*
So start tengahari semalam, cik Yana dah start menyahtoksingkan badan. Senang je, amek dua paket pastu larutkan dalam air yang dia dah siap tanda sukatan kat botol shaker dia. Lepas tu, goncang la sepuas hati sampai semuanya larut.
Ok siap! Puas hati goncang. Tinggal nak telan je. Nampak macam susu tapi tu sebab pengcahayaan kamera murah. Haha~ Bukan susu tapi macam jus lemon + limau. Rasa dia sumpah best, memang boleh sangat telan.
Tapi kan tak sampai separuh dah sendawa da. Haha~ Sunah Nabi ajar kita berhenti sebelum kenyang. Dah sendawa makna dah kenyang la. Tapi tak habis lagi minum. Sayang kalau buang, mahal tu. Paksa jugak teguk sampai habis.
Satu jam pertama lepas minum, ok je. Tak de rasa pape pun. Beberapa jam kemudian, dua tiga kali pergi tandas buang air kecil. Memang la kan, dah kena minum banyak air kosong, ke tandas la jawabnya. Tapi tak pulak buang air besar. Haha~ Lepas maghrib, tertidur tak sedar-sedar. Ni normal, memang cik Yana berada di alam mimpi biasanya lepas Maghrib *teruk betol* Tapi lepas terjaga lebih kurang pukul 8 lebih camtu, rasa letih semacam je badan. Siap sakit-sakit urat kaki. Oh, da dapat da salah satu efek dia, badan terasa letih beberapa hari. Ingatkan boleh lawan gagah macam Power Rangers. Then, amek lagi sekali Juvanex untuk sebelah malam.
So hari ni, ok je boleh pergi keje siap angkat-angkat meja dengan rak bagai. Takde la badan ni manja letih-letih rupanya. Gagah jugak kau Yana. Hari ni bawak bekalan Juvanex pergi ofis. Japgi bancuh dan minum. Jangan kau buat mengantuk pastu masuk surau untuk tidur da la. Continue in Day 2 later :)
p/s: Info lanjut boleh check kat website ni: JUVANEX
Till then, bye-yom~
Jom sokong ex-classmates cik Yana untuk Sukan Olimpik London 2012 nanti. Siapa dia? Korang kenal? Majulah sukan untuk negara :)









7 komen blogger :):
kalo rase cam best leh la try mnom..
kalo xbest sumpah xnk try..
haha
tak pena rasa pun.. huhu
selainmatamu indah.... kreatifitasmu uga undah... ^_^
cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html
Datang tlg tiup2 habuk kat sini.
ek..bole bantu penghadaman ye..nak cubela..
cantikkkk nye . kiut miut . hehe :D
Post a Comment