Tuesday, December 25, 2012

Hello Kitty cik Yana vs Hello Kitty encik Samsung ^__^


Padah sebab dah lama tak menaip kat belog, sampaikan sekarang ni 2,3 kali taip-baca-backspace-taip lagi-baca lagi tajuk yang sesuai untuk digunakan. Lepas tu rasa macam menaip ayat skema gila *ke ni effect jadi lecturer* sampaikan rasa macam nak give up tak nak post pape da. Haha~

By the way, mesti pernah terbaca kan pasal Samsung Galaxy Y Hello Kitty Edition? Gila comel! Kalau ada yang Rilakkuma edition LAGI COMEL!
Comel, memang comel ^^

Agak-agak siapa yang kaya + minat HelloKitty boleh je rembat satu. Silap haribulan boleh menang tiket pergi GDA Award pastu dapat jumpa BEAST *tibe-tibe*


Tahukah korang, bukan setakat Samsung Galaxy Y je yang ada Hello Kitty Limited Edition, Samsung Galaxy S2 pun ada tapi bukan dikeluarkan oleh Samsung tapi direka sendiri oleh cik Yana. Ampun encik Samsung, saya da bosan tengok Galaxy yang hitam tu.

Maka sebab terpengaruh dengan kecomelan Galaxy Y yang dikeluarkan oleh encik Samsung, diri ini telah dicabar oleh diri sendiri *tak de orang lain cabar pun* untuk keluarkan jugak Hello Kitty Limited Edition sendiri :)


*Seriously bosan da tengok warna hitam ni*

Bahan-bahan yang digunakan untuk transform-kan s2 jadi Limited Edition semuanya adalah barang yang dijual sendiri kat fanpage Yana Michiko :)

Let's get started!

Belakang body s2 yang sememangnya hitam sehitamnya akan ditukar menjadi warna pink dan putih. Sebabnya warna official Hello Kitty kan pink dan putih. Maka yang diperlukan hanyalah sticker skin gambar Hello Kitty.

Usha punya usha dekat kedai online sendiri, nampak la ada 4 corak Hello Kitty yang berlainan untuk Galaxy S2. Yang patut dipilih mestilah yang ada warna pink dan putih.


Padahal niat sebenar nak tukar jadi Chopper Kitty sebab dia ni =.=


*Oohh Son Dongwoon kau hensem! Dah! Dah!*

Sticker Skin ni didatangkan dengan full body set kecuali screen depan, kalau tampal sticker kat screen depan camane pulak nak guna phone tu kan? So, yang diperlukan cuma sticker kat belakang je untuk tutup warna cover bateri s2.

DONE!!!

Next, sebelah depan dekat screen pulak. Boleh je nak guna sticker skin yang bahagian depan, tapi tak nampak terlalu pinkish sangat. So, guna screen protector Hello Kitty. Yang seksanya benda ni, pasang sendiri kot screen protector ni. Susah rupanya. Lekat bukan main slow tak nak bagi ada bubble, tengok-tengok ada jugak bubble! Dekat 10x jugak lekat-tanggal benda alah ni, last-last berjaya jugak! Boleh la bukak kedai mekap handphone lepas ni. Haha ^^


Misi masih lagi tak complete sebab masih ada saki baki warna hitam kat cover belakang dan tepi. Hilangkan warna hitam tu sebanyak yang boleh! Tampal sticker skin? Macam tak best la pulak sebab warna pink jugak. Nak bagi balance pink dengan putih, so kena cari casing yang warna putih tapi tak tutup gambar Hello Kitty kat belakang tu. Macamana tu?


Tenung punya tenung album Samsung Zone kat Yana Michiko, ternampak ribbon frame yang cuma tutup tepi dan bawah s2 je. Memang memenuhi kehendak yang dicarik! :) Mesti amek warna putih sebab kat belakang da pakai sticker Kitty Chopper warna pink~


Siap bagi pakai baju putih kat s2 sayang! Gila comel kau siap ber-ribbon bagai. Menangis encik Samsung tengok sebab Galaxy Y Limited Edition dia da hampir tewas da sebab dia punye takde ribbon. Haha~ Warna hitam da minimize gila da, dah tak boleh nak buat apa da, cukup je la sampai sini je, tambah button ribbon yang memang da sedia da dalam simpanan je untuk tutup home button warna hitam. Tambah lagi satu 'dust plug' cuma takde yang Hello Kitty je, malas nak beli sebab suka lagi 'dust plug' star ni :)

S I A P ! ! !


HELLO KITTY LIMITED EDITION by Cik Yana

VS

HELLO KITTY Limited Edition by encik Samsung

Pada siapa-siapa yang berminat jugak nak mekap bagai handphone sampai orang tengok tanye "Kau pakai handphone ape? Tak pernah aku tengok pun kat kedai?" Jawab je, "Ni handphone kedai aku. Haha~" boleh la mengushakan apa yang ada kat online shop cik Yana: Yana Michiko. Mana tahu dalam duk cuci mata, timbul pulak idea nak kalahkan encik Samsung ke encik Nokia ke encik HTC ke encik la mana-mana pun.

Till then *tak tahu la bila lgi akan update*

BYE-yeom~

25 komen blogger :):

intanfirdaus247 said...

Hye cik yana kiut.terima kasih jenguk blog kak intan..wah...jual gadget upernya..boleh2 nanti boleh jenguk lagi kat sini..hehehe

iyliana n. said...

hyepp..thx follow sy..done follow back :)...amboii lawa fon dia..

nanieteukie said...

alahai comel ye cover Hello kitty tu..Huhuhu..untuk BlackBerry bold 1 ada tak ? Hihihi

Prince of Noob said...

wah comelnya hello kitty samsung tu... done follow u dear... update la laju2 lagi :)

- Noob

fifie said...

Yana ada tak silicon case/ getah case Hello Kitty untuk samsung galaxy ace? fie berkenan yang kepala hello kitty tu. Lawa nya

Ezy Chiaki said...

mendtgkan kejelesan di ati kecikku ni!
haha
nk tukar galaxy ace jd galaxy ace HK gop!!!

yana zuera said...

alah, comelnyaaa hello kitty tu. kalau jual handphone cik yana tulis 'S2 hello kitty limited edition' pun orng percaya. heheh ;p

Rin Saharina said...

HAHA.comel sgtt! kalah samsung young HK limited edition rin ni hah :))

aini shahroni said...

hahaha..
comey sangat kowt!
lebih2 agi ia berwarna pink!
i loike!!

from ::Arkitek Hati::

Siti Faizah Raini said...

eee comelnya^-^

✿A I N A A✿ said...

comelnyaaaa sis!!! serius!!! nak tukar cover my SII ni la.. serius, jeles tengok!!!!

Masmira Masri said...

ya ampun rajinnyer,......hehehee

Cik Bulat said...

wohooo ! dia layan hello kitty pulak !! weh, i miss you too la nenek !! hahaha, mischou lot lot lot of the ring... kakakaka... !

Ku Syida said...

Comel okayyy!!!!! Nak satu..Ada yang nak belanja tak?? Hihi..

outbound malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

azzifarunnurafizza said...

gile cute hp nye. sangat kreatif ok?
heee~ boleh la cuci mate kat shop cik yana..

Noor Ikmal said...

Assalam, comelnya samsung Galaxy bila dah jadi hello kitty...

Ain Atika Zailani said...

wahh hp pun kene make up and banyak accessory!!

eyriqazz said...

cantik...pinjam sattt...

shidaR said...

seyess cntik..shida nk buat juga lah dekat s3 shida tp xjmpa lg design yg cntik2 ^_^

HanNis SaNia said...

comelnyeeeee. samsung tab 2 7.0 tak ada ke?? nk yg cute2.. asyik meet yang biasa2 je kt kedai

Hunny Kitty said...

blogwalking....!

amer akat said...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

biskut chipmore said...

cantik..

Cik Jaa said...

KAK YANAAA PELIIISS SAYA AND KAWAAN2 NAK CASING ACE PLUS PLIS. SERIOUS BUYER NIIH. WAITING FOR YOU! JELES AH TENGOK FON LAIN COVER COMEL2 ARAGAGAGGAAA!!!! NAK NAK NAK!