Monday, January 23, 2012

Cover handphone comel untuk handphone korang :)


Customer:
Alamak, comelnye cover handphone ni. (belek kat packing case) Alaa, Iphone je ke? Oppa (hahaha~ tetibe panggil uncle kedai handphone tu oppa). Untuk Nokia tak de ke?
Uncle: Alaa amoi. Ini casing comel-comel untuk Iphone je ma. Itu Nokia ke, SE ke itu handphone biasa-biasa susah mau dapat ma. Bukan susah lo, memang tak de punya.
Customer: N95?
Uncle: Lagi la takde amoi. Ini cover untuk touchscreen saje ma.
Customer: Tipu la uncle ni. Takpe-takpe.

Memang sah uncle tu tipu! Cik Yana dah jumpa casing comel untuk model Nokia. Wekkk~ :face24:tak baik tipu Uncle.

Sebelum ni dalam previous-previous punya entry post, ada cik Yana letak gambar handphone cik Yana dengan cover Rilakkuma pink tu. Ramai tanya mana cik Yana dapat sebab memang susah kot nak dapat untuk handphone brand biasa. So sekarang cik Yana share kat mana tempat nak beli benda tu semua, tak payah kuar rumah, mengadap lappy je :face28:

Klik link bawah ni untuk ke fbshop:

Dekat album photo amoi ni korang boleh tengok macam-macam barang yang dijual, tapi disebabkan entry ni fokus kat cover handphone, so cite pasal cover handphone je la.

*Cover Nokia*

*Cover Sony Ericsson*

*Cover Samsung*

*cover Iphone*

Ada lagi, pergi tengok sendiri la kat album dia :face64:

Kenapa cik Yana kata amoi tu rajin dan baik hati? Sebab masa browse album cover untuk Nokia tu, cik Yana tak jumpa cover Rilakkuma yang ada telinga macam yang cik Yana nak. Malu bertanya, sesat jalan, maka cik Yana tanya dia. Nah, dia cakap ada kena order dari China. Tak kesah la, asalkan dapat. Harga pun standard cover handphone, tak mahal. Yang kat kedai tengok hari tu lagi mahal. Tak sampai 2 minggu dah dapat da cover comel tu :face39: Kalau model handphone korang tak de dalam album photo tu pun, bagitau je kat dia apa model handphone korang, nanti dia carikkan.

*sampai sekarang tak de sebab lagi kenapa amek warna pink dari banyak-banyak warna yang amoi tu tawarkan*

Selang beberapa minggu lepas tu, handphone lagi satu tercampak dari katil sebab tersalah baling masa bunyi alarm pagi tu :face4: Akibatnya, penutup bateri kat belakang tu patah dan terpaksa guna getah tak nak bagi bateri tercabut. Fikir-fikir balik, tak senonoh tol lecturer pakai getah ikat kat handphone. Kalau tukar housing sah-sah mahal, tambah lagi ada ke lagi orang jual housing N95. Maka, sekali lagi amoi baik hati tu jadi mangsa cik Yana. Cik Yana suruh dia carikkan casing untuk N95, nak yang Rilakkuma jugak! Sekurang-kurangnya kalau pakai casing, bateri dia tak jatuh la.

*puas hati! bateri dah tak jatuh da*

Kenapa semua Rilakkuma, yang tu je ke dia ada jual? Tak de la, kalau tak jumpa yang korang nak tu dalam album photo dia, korang PM je cakap nak yang camane, kartun apa. Kalau ada gambar tunjuk sekali. Nanti dia carikkan sampai dapat. Sebab tu la cik Yana cakap dia baik :face71: Cik Yana amek Rilakkuma sebaaaaaaaaab~~~
*Seobie la ni tunjuk handphone cover Rilakkuma kuning! Terus geram tengok sebab comel cover tu. Nasib baik Woonie pakai cover biasa je*

Diulang sekali lagi, untuk dapatkan cover handphone yang comel-comel serta boleh request suruh tolong carik, sila klik:


Jap, dekat facebook amoi tu semua dalam bahasa cina tau, tapi korang boleh berkomunikasi dengan dia guna English. Tak sure sama ada dia boleh berkomunikasi Malay tak dengan korang sebab cik Yana biasa kalau dengan non-malay otomatik akan gunakan English :)

Ada student cakap, "Miss, handphone dua2 dah ada cover comel, kenapa calculator Miss takde cover jugak? Padahal calculator tu la benda paling penting nak gi mengajar kan?" Ooo~ kalau la ada yang jual cover calculator Casio tu, dah lama dah beli baru la dia tak calar-balar :face34:

Till then, byeyom~

Tuesday, January 3, 2012

New Year Eve with My Girlfriends :)


Dah 2012! Yeay! Da naik 1 angka lagi umur. TAK! TAK! 23 tahun lagi. Selagi tak masuk bulan 11:face26: Tahun baru dapat cuti sehari hari Isnin. So, nak gi mana? Sah-sah la nak balik Terengganu pun tak sempat kot lagipun baru minggu lepas siap bawak buah tangan 'jari' berbalut sampai ke hari ni :face23:

Mulanya plan kitorang nak kumpul semua sekali geng-geng masa belajar kat UPM dulu, nak celebrate, lepak-lepak, borak-borak ramai-ramai masa tahun baru. Tapi apakan daya, semua bagi alasan, tak de duit la itu la ini la, susah nak turun UPM la. Tak pe la, kitorang buat hal kitorang sendiri :132:

Petang sebelum tahun baru, semangat bukan main goreng donut dengan nuget sebab nak berkelah tengah malam nanti depan masjid Putrajaya. Sukanya bila ada kawan-kawan lepak sama-sama camni :face39:

Donut orang bujang :face17: Alaa gambar nuget lupe nak amek pulak. Biar terliur sume orang :face26:

Pukul 8 malam, kitorang gerak gi Putrajaya sebab mula-mula nak gi jalan-jalan kat Alamanda dulu baru pergi lepak depan Masjid Putrajaya. Sampai kat Alamanda, kitorang cuci-cuci mata je, tak de nafsu nak beli pape pun. Nafsu lapar tak sabar nak makan donut dengan nuget ade la. Pastu pusing satu alamanda carik eskrem Magnum yang chocolate tu. TAKDE! Sudahannya sampai ke hari ni duk mengidam eksrem tu walaupun semua orang dah makan da. Tak kire! Lepas ofis nanti nak gi carik jugak :face16:

Dah puas berjalan kat Alamanda, kitorang gerak ke Masjid Putrajaya. On the way nak ke sane, dah jam da. Baru pukul 11 kot. Pusing dataran masjid tu 2 kali baru dapat parking. Nasib baik dapat, kalau tak memang pusing patah balik sambut new year sambil makan nuget dengan donut dalam bilik kat UPM je la jawabnya :face75:

Tak sangka cantik gile snap pakai n8 macam DSLR pulak *tetibe*:face50:Tapi serius, cantik masjid Putrajaya ni. Ramai lepak kat dataran masjid ni malam-malam especially kalau weekend. Yang bestnyer tengok family duk beriadah dengan anak-anak kat sini. Pastu mula la duk pasang angan nanti kawen ada anak nak bawak anak-anak riadah malam-malam kat sinin jugak. Banyak betul duit nak duk Putrajaya ye :123:

Bila dah dapat port nak duk bersila kat dataran tu, ape lagi, mulalah bukak cerita macam-macam sambil anyam ketupat depan masjid. Ish! Ish! Ish! Depan masjid pun nak buat ketupat. Tak de la, duk borak-borak cite pasal kehidupan masing-masing je. Luahan perasaan ke ape ke. Ni je la masa terluang boleh lepak-lepak dengan girlfriends kesayangan. Dulu masa belajar sentiasa bersama, sekarang masing-masing da kerja, susah sangat kot nak jumpa. Time public holiday camni la kitorang boleh jumpa sembang-sembang.:face57:

Tepat pukul 12 tengah malam semua orang duk carik bunga api. Rupa-rupanya bunga api dorang tak lepas kat jambatan lawa kat masjid tu. Dorang tembak kat tempat lain. Cepuek je nampak dari situ. Kecik gile. Tak puas hati tol :face32: bukan main tunggu bunga api :face50:

*mama de dengan aunty Ji'ah. Eh silap! Cik Lia dengan cik Nad :face9: Cik Nad ni lecturer garang tu kat politeknik. Cik Yana pun tak segarang dia kat student :face26:*

*Lecturer poli dengan lecturer yang dah gemuk. Tak sangka kerjaya lecturer boleh naikkan berat badan :face24: Itu membuktikan kerjaya ni langsung tak stress. Sape-sape yang dah grad tu, pergilah apply position lecturer :face4:*

Dah habis bunga api, semua orang berpusu-pusu ke kereta masing-masing nak balik. Rupa-rupanya semua orang tunggu bunga api. Dekat setengah jam jugak la baru dapat kuar dari parking tu. Tu baru dapat keluar, tak keluar lagi dari dataran masjid tu. Sabar jela :face20:


Pukul 12.45 am sampai kat pintu pagar UPM. Pak guard UPM nampak je kete kitorang menghampiri pagar, terus dia pegi tutup. Dah terpampang sign board kat tepi pagar tu "PELAJAR DILARANG KELUAR MASUK KOLEJ SELEPAS PUKUL 12 AM" Kejam punya pak guard. Lepas dah habis bodek pak guard, akhirnya dapat jugak masuk. Eley, pak guard saje je. Dia da tahu memang akan ada student balik lewat sebab gi tengok bunga api. Jakun punya student :132:Kita da bukan student da :face34:

Begitulah kisah sambutan tahun baru kitorang sambil menangisi umur yang semakin meningkat. Balik je, basuh muka terus tersembam semua tidur. Pagi esok bangun lewat :face15:

Dikesempatan ni, agak tak kelewatan, cik Yana ucapkan Selamat Tahun Baru untuk semua. Untuk Dongwoon pun Selamat Tahun Baru *tak pasal-pasal*. Semoga azam tahun ni akan tercapai, kalau azam tahun lepas tak tercapai, apa lagi, carry forward je la ke tahun ni. Macam tak biasa buat. Azam tahun ni nak jadi pekerja cemerlang supaya gaji dinaikkan *tinggi punya harapan* Kalau tak tercapai tu mesti sebab gaji tak naik, bos kedekut :face12:

Till then, byeyom~:a1: